Mr teow pak kee
From smka kerian tahfiz model ululalbab

Nominated by NUR AZIEMAH BINTI AHMAD SUBHI
ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Hari ini saya ingin menceritakan kisah guru inspirasi di sekolah saya. Guru-guru di sekolah saya semuanya merupakan inspirasi saya, tetapi saya memilih beliau kerana beliau telah memberikan satu impak yang besar dlm hidup saya. Nama beliau ialah teow pak kee dan kami lebih senang memangil beliau dengan nama sir teow. Beliau merupakan guru kimia dan addmath, walaubagaimana pun beliau juga boleh mengajar subjek bio, fiz dan kadang2 menjadi rujukan dalam subjek english.. Beliau merupakan seorang guru yang amat positif , mementingkan masa dan tidak pernah berkira. Segala bahan fotostat yang beliau berikan kpd lebih 100 pelajar SETIAP HARI ,tidak pernah meminta wang, tetapi beliau meminta kami supaya belajar bersungguh-sungguh. Walaupun beliau bukan beragama islam tetapi beliau sangat hormat kami yang beragama islam, contohnya semasa kelas tambahan di pondok bersama beliau, sekiranya berkumandang azan beliau akan terus menyuruh kami berhenti menulis atau mengira dan menyuruh kami utk menunaikan solat terlebih dahulu. Kisah yang membuatkan beliau menjadi inspirasi saya ialah ketika saya merupakan pelajar tingkatan 4 iaitu pada tahun 2017. Pada ketika itu, beliau mengajar saya subjek kimia dan hanya kelas saya sahaja yang tingkatan 4,sesudahnya pelajar2 tingkatan 5 pada ketika itu. Pada awalnya, saya tidak berapa menyukai beliau kerana beliau suka bertanyakan soalan sambil berdiri sebelum mula belajar. Beliau berbuat demikian supaya pelajar2nya telah membuat persediaan yang rapi sebelum mula belajar. Lama-kelamaan saya amat selesa dengan cara beliau mengajar sehingga saya sangat berminat dengan subjek ini. Pada pertengahan mac, dan ketika itu hampir seminggu sebelum menduduki peperiksaan awal tahun, pengetua sekolah saya mengarahkan beliau supaya fokus kepada tingkatan 5 sahaja. Oleh itu, subjek kimia kelas saya akan berganti guru. Apabila kelas saya mendengar berita tersebut terus semua sedih dan hampa termasuklah saya. Saya menangis tanpa henti kerana ketika itu saya benar-benar minat dengan subjek tersebut. Setelah itu, kami mendapat guru kimia baru. Semua ahli kelas saya gembira kecuali saya.Semasa kelas guru tersebut saya tidak fokus pun tentang apa yang guru tersebut ajarkan,saya endahkan. Tetapi guru tersebut tidak sedar, sampai satu ketika setelah ujian pertengahan tahun, keputusan kimia saya jatuh merudum,dan hanya keputusan saya sahaja yang jatuh pada ketika itu. Suatu hari, ketika saya dan 3 orang lagi rakan kelas saya mahu pulang dri prep di sekolah, kami terserempak dengan sir teow. Sir bertanyakan tentang keputusan kimia dan rakan2 saya rancak bersembang dengan sir tentang keputusan mereka kecuali SAYA. Sir yang kehairanan bertanya kpd saya "macam mna keputusan hg?". Saya hanya terdiam ,memandang sekelililang dan mula sebak. Kemudian sir menyuruh saya menceritakan apa yang berlaku. Saya mula lah bercerita mengapa saya amat sedih . "Waktu sir ajaq saya, saya sangat faham and selesa dengan cara sir mengajar, tapi tiba-tiba sir kene ngajaq fom 5 je"saya menangis."Lepas sir kene tukaq ngn cg lain, saya rase fedup nk belajaq kimia"?. Dengan tenangnya sir menjawab "kamu minat kimia bukan sbb cara sir mngajaq, tpi effort kamu yang bersungguh-sungguh faham apa yang sir ajaq." sejak sir ckp mcm tu baru saya sedar, sebenarnya minat tu diri sendiri yang kene pupuk guna effort sendiri,bukan bergantung dengan cara guru itu mengajar. Sekiranya guru itu mengajar dengan cara yang mudah difahami itu hanyalah suatu bonus bagi pelajar tersebut. Sejak saya faham apa yang sir nak smpaikan ,saya dh xtidur dlm kelas, saya fokus dan selalu mngulang kaji sub kimia. Dan dari situ saya mula membuat cara yang sama terhadap subjek yang lain.alhamdulillah prestasi belajar saya meningkat,dan saya mengekalkan gred A dlm sub kimia setiap kali exam. Sehingga keluar lah result spm baru2 ini, dan saya mendapat gred A dlm kimia, alhamdulillah. Thanks a lot sir for ur effort to make us happy and success in exam, give a lot of tips and advices, treat us and others . and tahniah dapat sub kimia terbaik seluruh malaysia?Saya akan igt jasa sir smpai bila-bila ??