Nominees

Mrs KAVITHA A/P VENGADASALAM

From SJKT SUNGAI RENGGAM

Nominated by HARKESH A/L KRISHNAMOORTY

Seorang guru mendidik dan memberi contoh yang perlu disanjungi. Guru bukan sahaja membentuk minda anak bangsa dengan ilmu pengetahuan, guru juga memupuk kemahiran melaku apa sahaja tanpa mengerti penat lelah demi masa depan anak murid. Setiap orang mempunyai guru seperti di atas. Saya juga tidak terkecuali. Guru kesayangan saya ialah Cikgu Kavitha. Beliau merupakan guru bahasa melayu saya. Umurnya ialah tidak lebih daripada 35 tahun. Beliau berasal di negeri Melaka. Beliau juga bersekolah rendah di sekolah tamil. Beliau juga berkhawin dan berhijrah dari Melaka ke Selangor. Bagai itulah kami mendapat cikgu yang mengajar di SJKT Sungai Renggam, Shah Alam. Saya suka akan Cikgu Kavitha kerana beliau ialah seorang yang bertanggungjawab. Beliau mengajar kami dengan bersungguh – sungguh . Apabila, kami mengalami masalah dalam pelajaran beliau akan memberi tunjuk ajar kepada kami dengan sabar. Sebagai ketua panitia, beliau memberi taklimat kepada semua guru bahasa melayu untuk mengajar murid-murid dengan teknik baharu. Bagai apapun beliau mengandung, beliau akan tidak ambil cuti. Beliau juga aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau juga melatih murid- murid untuk pergi dan menang dalam pertandingan seperti sepontan, pertandingan tatabahasa, karangan dan sebagainya. Kami juga menang dalam pertandingan bagai penghargaan jasa guru. Selain itu, Cikgu Kavitha juga seorang yang peramah dan penyayang. Apabila, kami melakukan kesalahan, beliau tidak memarahi kita. Sebaliknya, beliau akan menasihati kami agar tidak mengulang kesalahan itu lagi sekali. Beliau juga selalu mengalakkan kami supaya rajin belajar untuk mendapat 8A+ dalam UPSR. Saya berasa amat bertuah mempunyai seorang guru seperti Cikgu Kavitha. Saya berjanji akan belajar dengan bersungguh- sungguh untuk membalas jasa beliau. Saya menghormat sifat guru saya seperti Pagiku cerahku Matahari bersinar Kugendong tas merahku di pundak Selamat pagi semua Kunantikan dirimu Di depan kelasmu Menantikan kami Guruku tersayang Guru tercinta Tanpamu apa jadinya aku Tak bisa baca tulis Mengerti banyak ha lGuruku terimakasihku Nyatanya diriku Kadang buatmu marah Namun segala maaf Kau berikan