Nominees

Ms Zaharah binti Ghani

From SK LKTP BELARA

Nominated by Sarah Safiyya binti Mohd Khairul

Cikgu Zaharah binti Ghani, guru perempuan yang paling sempoi sepanjang 6 tahun aku di SK LKTP BELARA ( 2013 - 2018). Guru yang agak lama berkhidmat di sini, walau di luar bandar tapi kau tetap setia bersama kami (SK LKTP BELARA). Di sini, kau sering memberi peluang kepada ku serta rakan  - rakan untuk menjadi kebanggaan keluarga mahupun sekolah. Aku dididik menjadi lebih berani dan aktif serta solat 5 waktu tidak alih seperti ibuku sendiri. Terima kasih cikgu. Seorang yang bertubuh kecil dan aktif serta bersuara lantang dan tegas dalam kelas. Ada ketika membuat celoteh agar kami semua ketawa. Sempat menimba ilmu dari mu guru selama 1 tahun (Kelas 6 Mawar). Tidaklah mengharapkan ganjaran besar dari kami semua, cukup dengan lulus 100 % dalam UPSR 2018. Banyak yang ku belajar darimu, kau ajarku erti jangan pernah mengalah dan tiada erti malas dalam hidup. Tak akan ku padamkan ingatan ini dari nama mu cikgu Zaharah binti Ghani.