Mr Rosni binti mohamad
From Mrsm jasin
Nominated by Syed ramzul ihsan bin syed najmuddin
essei hari guru Terima kasih Cikgu Rosni kerana hadir dalam hidupku. Setiap kali aku menempuh kesusahan setiap kali itulah wajah guruku akan bermain dibenak kalbuku. Kata- katanya yang sentiasa menjadi motivasiku setiap hari “gunakanlah tulang empat keratmu sebagai kekuatan, gunakan akalmu sebagai kelebihan, gunakan hatimu sebagai pedoman”. Aku bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Jasin. Benar sekolah yg terbaik di malaysia tapi aku bukanlah yang terbaik. Rezekiku mendapat keputusan yang baik dalam Penilaian Menengah Rendah melayakkan aku belajar di sana. Cikgu Rosni adalah guru kelasku. Lemah, tercorot dan lembap acapkali diucapkan oleh guru-guru subjekku yang lain. Tetapi bukan dari mulut cikgu Rosni. Aku seperti hilang arah dan tiada hala tuju untuk kehidupanku di masa hadapan. Awal tahun 2005 aku di tingkatan 5, cikgu Rosni memanggilku ke bilik guru. Ayat pertamanya, “Ramzul, awak ada potensi besar yang awak belum tonjolkan lagi. Bila dan bagaimana, hanya awak yang tahu.” Sejak dari pertemuan pertama itu aku bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Aku lemah, aku lembab bukan kerana aku bodoh tetapi kerana sikap malas dan tiada keyakinan untuk berjaya merosakkan aku. Aku berubah bukan kerana cikgu Rosni tetapi kerana kata-kata perangsangnya untuk aku menjadi seorang yang dapat menggembirakan keluargaku khususnya dan kepada negaraku yang tercinta. Perubahanku menjadi ketara apabila keputusan peperiksaan pertengahan tahun, aku bukan yang tercorot dan aku bukan pelajar yang gagal seperti sebelum ini. keputusanku menjadi mainan mulut guru-guruku yang lain. 16 Mei 2005 tarikh yang akan senantiasa dalam ingatanku. Cikgu Rosni memberikan aku sebuah stetoscope Littman sebagai hadiah hari guru kepadaku. Aku malu kerana bukan aku yang memberikan hadiah kepada cikgu Rosni tetapi selepas penjelasan yang diberikan menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengejar cita-citaku. Bagi cikgu Rosni, aku yang telah mengubah dirinya untuk sentiasa berusaha dan yakin setiap pelajar mempunyai potensi yang tersendiri. Sejak dari itu, aku terus memecut laju. Akhirnya, 13 tahun sudah berlalu dan aku masih dengan stetoskop itu. Terima kasih cikgu Rosni atas tunjuk ajar dan perhatian yang diberikan. Doktor Ramzul berbangga mempunyai guru seperti cikgu Rosni.