Mdm NOR SAIDAH CHE HASSAN
From Kolej Tunku Kurshiah

Nominated by SURAYA HANIS BINTI ABDUL AZIZ
Beliau merupakan guru cemerlang fizik (gred DH54) yang tidak pernah berputus asa mengajar puteri-puteri Kolej Tunku Kurshiah. Beliau pernah menitiskan air mata kekecewaan kerana merasakan dirinya gagal mendidik murid-murdinya menjadi pelajar yang berani, aktif dan berfikiran jauh. Cara pengajaran beliau tidak sama seperti guru-guru biasa. Beliau mengajar dengan sangat terperinci. Beliau juga pernah berkata bahawa beliau lebih sanggup mengajar murid-murid di sekolah pedalaman yang lemah kerana beliau mahu mereka bangkit dan setanding dengan pelajar SBP. Jika disebut nama Puan Nor Saidah, satu kolej merasai angin sejuk-sejuk seorang. Orangnya sangat tegas tetapi penyayang sebenarnya. Beliau menitikberatkan kesalah penggunaan istilah di makmal seperti ‘measure’ dan ‘calculate’. Beliau sanggup datang pada waktu petang dan malam sewaktu cuti penggal 1 semata-semata untuk mengajar kami fizik sehingga pukul 1 pagi. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran Puan Nor Saidah dalam hidup saya. Saya berharap beliau dapat memenangi hadiah ini kerana saya ingin membuatkan beliau berasa gembira dan dihargai oleh para pelajar Kolej Tunku Kurshiah.