Nominees

Mrs Nor Zulfarizah Zulkipli

From Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan

Mrs Nor Zulfarizah Zulkipli's photo

Nominated by Abdul Manaf bin Abdul Aziz

kisah inspirasi ini untuk guru kelas saya Puan Nor Zulfarizah Zulkipli. Cikgu Norzul merupakan guru kelas saya semasa tingkatan 5 iaitu 5 jasa. Beliau mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Sepanjang menjadi guru kelas, cikgu norzul seperti ibu kepada kami semua. Seorang yang tegas tetapi penyayang. Setiap kali sebelum memulakan pengajaran, cikgu akan bertanya keadaan kami. sama ada sihat atau tidak.Cikgu juga perasan jika ada antara kami yang ada masalah. Cikgu akan memberi nasihat kepada kami. Cikgu kata hanya pendidikan sahaja dapat merubah nasib keluarga. Belajarlah bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan SPM yang cemerlang untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapa. Pada bulan Jun 2018, saya kehilangan ibu tercinta. terasa gelapnya dunia kerana insan yang paling saya sayang telah menemui penciptaNya. Cikgulah menjadi pendorong saya. sentiasa berada di belakang saya saat saya sedih dan merindui ibu saya. Cikgu juga pernah berjumpa saya secara personal kerana keputusan peperiksaan saya akan tidak begitu baik selepas ibu saya pergi. Cikgu menasihati saya dan saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM untuk dihadiahkan kepada arwah ibu saya. Apabila keputusan SPM diumumkan saya berjaya memperoleh 10A. Satu kejayaan yang sungguh-sungguh saya tidak sangka. Sewaktu majlis apreasiasi diadakan untuk meraikan kami pelajar spm 2018. sebagai guru kelas, cikgu norzul membacakan nama semua pelajar 5 jasa namun sebahagian besar tidak naik ke pentas kerana kami akan naik kemudian iaitu selepas nama semua calon spm 2018 diumumkan. Hal ini kerana kami memperoleh 8A hingga 10A. Saya tidak sangka sayalah yang naik paling akhir kerana memperoleh 9A+ 1A. Keputusan cemerlang ini untuk arwah ibu, ayah dan cikgu-cikgu termasuk cikgu Norzul yang dikasihi. Saya tidak sangka cikgu Norzul menulis satu nukilan dalam fbnya tentang diri saya. perkara itu telah diviralkan. selepas perkara itu diketahui ramai pihak, ramai yang memberi perhatian kepada saya dan keluarga. Terima kasih cikgu kerana sentiasa berada di belakang saya saat saya rebah dan kecewa. Terima kasih menjadi pendorong dan tanpa doa dan tunjuk ajar cikgu mana mungkin saya berjaya dengan cemerlang. Saya akan belajar bersungguh-sungguh di peringkat lebih tinggi untuk mencapai cita-cita saya demi mengubah nasib keluarga saya. Terima kasih cikgu. Selamat hari guru 2018. Jasamu dikenang.