Mr Mohd Khairul Anuar bin Zakaria
From Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai

Nominated by Muhammad Hail bin Mohd Israf
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Kami hanyalah murid biasa-biasa sahaja. Kami bersekolah di sekolah biasa-biasa sahaja. Keluarga kami pun hanyalah orang biasa-biasa sahaja. Tetapi kini kami menjadi murid yang luar biasa!!! Bertitik tolak dari Februari 2018, di mana sekolah kami dijadikan tuan rumah untuk Pertandingan Kompang Formasi peringkat zon. Guru Besar dengan sukacita menyambut seruan pertandingan ini. Tanpa berlengah lagi, Guru Besar memberi tugasan untuk membentuk pasukan kompang sekolah kepada Ustaz. Bermulalah kisah Pasukan Kompang Seri Gempita di mana semua ahli kompang sebelum ini tidak pernah meyentuh atau bermain kompang! Bukan itu sahaja, yang paling "menarik", Ustaz pun tidak tahu selok belok kompang! Tetapi demi sekolah dan rasa penuh tanggungjawab, Ustaz menerima tugasan dengan penuh rela hati. Tanpa mengira penat lelah, dengan tugasan sebagai seorang guru sekolah, Ustaz sanggup menggalas satu lagi tugas tambahan ini dengan melatih kami. Pagi, petang dan malam, Ustaz sanggup meluangkan masa melatih kami. Walhal, Ustaz mempunyai isteri dan anak-anak yang juga perlukan perhatian darinya. Melihatkan semangat Ustaz, kami pun bertambah semangat. Benarlah kata pepatah, "Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan". Kami berjaya di peringkat zon. Persiapan diteruskan pula diperingkat negeri dan seterusnya kami berjaya hingga ke peringkat kebangsaan! Latihan perlu diperkemaskan lagi! Kami terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6. Bayangkanlah dengan jadual kami yang padat untuk menghadapi peperiksan sekolah dan peperiksaan besar iaitu UPKK, UPSR dan UPSRA, Ustaz tidak pernah mengalah dan terus memberi motivasi kepada kami, agar kami tidak mudah patah semangat dalam menghadapi cabaran persekolahan dan juga latihan kompang. Ustaz telah meminta kerjasama cikgu-cikgu lain untuk mengadakan kelas tambahan kepada kami bagi mengulangkaji bagi pelajaran yang tertinggal ketika mengadakan latihan atau menghadiri pertandingan kompang. Kekangan kewangan juga salah satu perkara yang terpaksa Ustaz harungi. Ustaz gigih mencari pelbagai cara untuk mendapatkan dana bagi membeli peralatan kompang, pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya untuk kami. Pelbagai sumber Ustaz terokai. Ustaz sanggup kesana sini tidak menghirau waktu mencari sumber dana dengan berjumpa orang ramai, kenamaan dengan usahama Guru Besar dan PIBG. Pada Julai 2018, kami dinobatkan Juara Kompang Formasi Peringkat Kebangsaan 2018. Selepas itu, pelbagai lagi anugerah dan pencapaian yang kami kecapi dalam tahun 2018 sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Sesuatu yang sukar digambarkan dan diucapkan dengan kata-kata. Antara kejayaan kami ialah; • Johan Kompang Selawat Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 • Johan Kompang Selawat Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 • Johan Kompang Selawat Peringkat Wilayah Keramat 2018 • Johan Kompang Formasi Peringkat Kebangsaan 2018 • Johan Kompang Formasi Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan KL 2018 • Johan Kompang Selawat Karnival Jom Ke Masjid 2018 • Persembahan Live Perasmian Hari Sukan Negara 2018 • Persembahan Live MHI TV3 Sempena Hari Guru 2018 • Jemputan Selamat Pagi Malaysia TV1 • Jemputan Program Pink Point TV Alhijrah • Persembahan Live di Nasional FM Sempena Jelajah Ramadhan 2018 • Persembahan di majlis-majlis rasmi, korporat dan perkahwinan • Persembahan di Ekspo Perkahwinan • Persembahan di Bandung, Indonesia Hanya kepada Allah kami menadah tangan tanda mesyukuri segala anugerah yang diperolehi ini. Disebalik kejayaan itu, memang banyak dugaan, cabaran, kesakitan yang kami rasai bersama mu Ustaz. Tidak terbalas pengorbanan mu Ustaz. Dikau memberikan kami inspirasi jangan mudah mengalah, takut dan gentar dan yakin dengan ketentuan Allah setelah diiringi dengan doa dan usaha yang berterusan. Ustaz, dikau telah meninggalkan kami satu memori indah di zaman persekolahan rendah yang dapat dapat diabadikan sepanjang hayat kami. Kami adalah "zero to hero" denganmu Ustaz. Semoga Ustaz terus mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Terima kasih USTAZ MOHD KHAIRUL ANUAR BIN ZAKARIA! Kami akhirinya dengan serangkap pantun: Marilah makan buah-buahan Durian, langsat, dan juga rambutan Orang biasa kami tiada kelebihan Denganmu ustaz kami jadi sebutan Sekian terima kasih.