Ms Dyana Alui Daniel
From SMK Kunak
Nominated by Muhammad Izzat Danial bin Jum
Miss Dyana merupakan seorang guru yang sangat inspiratif untuk pelajarnya. Dengan pencapaian serta penyertaan dalam pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa di Toronto pada 2017 membuatkan saya berasa terinspirasi untuk bekerja lebih keras dan berusaha lebih gigih untuk mencapai cita-cita saya. Beliau sering menekankan tentang pentingnya melakukan sesuatu dengan 'soul' atau hati agar usaha yang dilakukan tidak sia-sia. Beliau juga mengatakan bahawa tugasan yang dilakukan dari hati lebih baik nilai serta mutunya berbanding tugasan yang tidak dilakukan dengan hati. Beliau sentiasa ada bersama saya memberikan saya sokongan dan dorongan untuk saya menjadi lebih baik. Ms Dyana juga mengajarkan tentang peri pentingnya cinta dalam kehidupan. Beliau mengatakan bahawa cinta merupakan suatu yang abstrak dan subjektif.