Mr Rafiz bin Mohd Salleh
From Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan

Nominated by Abdul Raziq Bin Abdul Siddik
Nama saya Abdul Raziq,saya ialah Student Leader Board SMK Seri Intan Kluang, Johor.Akan saya coretkan kisah saya dan sahabat saya iaitu Hafuza Harith Bersama guru inspirasi kami Cikgu Rafiz Bin Mohd Salleh. Ketam,kupang,kerang dan lokan, Dibawa pulang dimasak ibu, Guru pemacu transformasi pendidikan, Hanya satu dalam seribu, Cikgu Rafiz ialah guru yang menjadi inspirasi saya selama ini kerana beliau banyak bekorban untuk saya dan sahabat saya. Sebelum menjawat jawatan Student Leader Board(SLB) saya merupakan pengawas sekolah yang sering dibuli dan dipandang rendah oleh rakan-rakan seusia mahupun rakan-rakan pengawas sendiri dek kerana fizikal saya yang besar dan obesiti.Bukan sahaja saya seorang yang obesity malah,saya menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi,asthma dan alahan terhadap persekitaran.Mereka merasakan bahawa saya merupakan beban kepada mereka dan saya tidak langsung membantu mereka dan ini menyebabkan saya berasa rendah diri.Namun,semua perkra ini tidak menjadi penghalang bagi Cikgu Rafiz untuk menawarkan saya bagi meyertai barisan Student Leader Board.Cikgu Rafiz mengatakan bahawa disebalik segala kelemahan tersebut,saya mempunyai potensi yang besar bagi menjadi seorang pemimpin.Sering saya adukan kepada Cikgu Rafiz tentang kecaman yang saya terima daripada rakan-rakan setelah dilantik menjadi seorang SLB.Namun,Cikgu Rafiz sering mengingatkan saya supaya terus lakukan tanggungjawab kita dan abaikan suara-suara sumbang yang mengutuk kita, ibarat bunga yang mekar mewangi akan sentiasa menjadi perhatian dan kadang-kadang akan ada yang cuba untuk merosakkan keindahan.Tapi kita tetap perlu terus berkembang wangi dan membawa kegembiraan dan keceriaan kepada yang lain.Biarkan mereka berkicau ibarat burung murai yang bising,endahkanlah dan terus menjadi bunga yang paling cantik.Beliau sering mengingatkan saya bahawa tak semua orang mampu menguasai 6 bahasa .Beliau juga mengatakan bahawa bakat terpendam saya akan beliau gilap,gilap dan terus gilap agar saya bersinar sebagai permata yang paling terang.Kerana kemenyan sebesar lutut kalau tak dibakar tak kan berbau jua.Semangat juang beliau membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi sepertinya. Indah mewangi kuntum Melati, Menghias langit buruj belantik, Insan penyayang guru sejati, Tak kira semua pasti di didik, Saya mempunyai seorang sahabat baik bernama Hafuza yang merupakan seorang pelajar cacat ataupun OKU yang menghidapi Cereblum Palsy yang mana beliau tidak dapat mengawal pergerakkan tangannya..Pada awalnya beliau ditempatkan di kelas pendidikan khas namun, disebabkan beliau mempunyai kebolehan untuk belajar seperti pelajar normal,beliau ditempatkan di aliran perdana.Walaupun telah diiktiraf sebagai OKU pertama yang yang belajar di aliran perdana namun,itu tidak cukup untuk menyingkirkan pandangan negatif dan tanggapan serong sesetengah pihak kepada beliau.Sahabt Saya hafuza dilarang daripada menyertai apa-apa jenis aktiviti dan pertandingan oleh para guru yang tidak yakin dengan kebolehan beliau.Beliau merasa tersisih dan terpinggir kerana beliau merasakan bahawa beliau tidak layak untuk menyertai apa-apa aktiviti kerana beliau merupakan seorang OKU dan ini menyebabkan beliau kehilangan jati diri daan keyakinan diri.Namun, Cikgy Rafiz seolah-olah dapat melihat bakat terpendam di dalam diri Hafuza dan beliau pun mendekati Hafuza dan menawarkannya jawatan sebagai Pembimbing rakan sebaya.Beliau pada awalnya ingin menolak kerana beliau tidak yakin akan diri beliau namun,Cikgu Rafiz berkeras untuk melantik beliau.Hal ini menggegarkan seluruh sekolah SMK seri Intan dan kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa ini ialah tindakan sia-sia.Namun,Cikgu Rafiz mengabaikan segala unsur-unsur negatif tersebut dan fokus kepada misinya.Setelah dilantik,Hafuza pada awalnya tidak yakin pada dirinya namun kata-kata semangat yang berterusan daripada Cikgu Rafiz berjaya membangunkan harimau yang sedang tidur di dalam diri Hafuza dan beliau menjadi yakin akan dirinya.Beliau dibawa dan dilatih oleh Cikgu Rafiz untuk menjadi Fasilitator di dalam program-program kecemerlangan dan motivasi di sekolah-sekolah dalam daerah kluang dan bakal dijemput oleh pihak penjara kluang untuk menjayakan program kecemerlangan yang menampilkan kolaborasi tiga penjara.Ketika menjadi fasilitator, Hafuza mengelolakan slot tepukan semangat yang semamangnya menjadi tumpuan oleh para pelajar mahupun guru kerana agak mustahil seorang OkU untuk menjadi fasilitator namun,Cikgu rafiz telah membuktikan bahawa jika Allah sudah berkehendak,maka tiada yang mustahil. Cikgu Rafiz sememangnya seorang guru yang bertanggungjawab sebagai contoh,beliau yang merupakan guru penasihat rumah pasukan kuning turut serta dalam melatih para atlet dan menghias khemah pasukan.Beliau bukan sahaja datnag dan memantau malah,beliau turut sama berlari bersama para atlet bagi menaikkan semangat mereka.Beliau sendiri yang mereka dan menghasilkan pakaian dan kostum bagi perbarisan tahunan. Beliau juga berkorban wang ringgit dalam memastikan khemah rumah pasukan menjadi yang terbaik.Maka,tidak hairanlah rumah pasukan kuning menjadi juara khemah dan perbarisan terbaik yang mana rumah pasukan kuning seebelum ini sepi daripada menerima sebarang anugerah.Beliau sememangnya seorang guru yang dapat diibaratkan berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Agak sukar untuk menemui guru sepertinya maka,tidak hairanlah beliau dapat memenangi jiwa murid. Ibarat permata indah berseri, Di padang tandus nan sepi, Ibarat bintang terang menyinari, Di malam gelap tiada seri, Ibarat lilin terang meyinari, Dikala dingin mencengkan sanubari, Mustahil pengganti dapat dicari, Cikgu Rafiz teguh berdiri, Beliau sanggup menerima kelemahan kami disaat yang yang lain mencaci kami.Beliau ibarat lebah yang tetap mencari madu di antara longgokkan sampah dan beliaulah yang membantu kami berdiri dimana kami berada hari ini.Saya sentiasa berdoa agar Cikgu Rafiz disayangi dan dilindungi Allah.Saya berharap semoga coretan saya ini menjadi pengajaran dan memori mengenai seorang pendidik bernama “Rafiz”.