Mdm NOREHA BT IBRAHIM
From SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

Nominated by AIZATUL AINA BT MOHAMAD NIZAM
'SUMBER INSPIRASIKU' "Kejayaan itu milik orang yang berusaha, ia tidak akan datang pada sesiapa yang alpa". Satu kalimah keramat dari seorang guru yang kekal terpahat di segenap ruang hati. Cikgu Noreha, seorang guru yang tidak akan pernah berhenti menjadi sumber inspirasiku. Tempoh perkenalan yang mencecah usia dua dekad mengajarku begitu banyak perkara, jika dihitung mungkin lebih dari hari hari perkenalan kami. Curahan didikan, pengalaman dan kenangan yang takkan mungkin dapat dilupakan bersama Cikgu Noreha kesayanganku. Beliau merupakan seorang guru yang sangat komited dengan kerjayanya, tidak pernah gagal menjadi guru kegemaran setiap anak muridnya, disebabkan perwatakan yang zahirnya tegas tetapi cukup lembut hatinya. Akan ada sahaja idea bernas untuk menarik minat anak-anak murid tertarik dengan pengajarannya. Tidak pernah pula melihat beliau berputus asa tatkala berhadapan pelbagai karenah dan keletah anak-anak muridnya. Sekolah seakan sunyi jika tidak diperdengarkan dengan lontaran suara Cikgu Noreha mengajarkan Sains dengan kesungguhan yang tiada tandingnya. Senyuman nya jarang tidak lekang di bibir meskipun salam diberi di bawah terik sinaran matahari. Sedari kecil, Cikgu Noreha sering menjadi jurulatih bagi pertandingan bercerita yang disertaiku. Sungguh sabar melatihku berhari-hari, dengan karenah aku yang malu berhadapan dengan orang ramai malah tidak yakin menyampaikan penceritaanku. Menjadi bonus apabila beliau juga dapat mendapat jadi jurulatih ketika aku di rumah kerana cikgu ialah ibuku. Dari usiaku 6 tahun, begitu banyak perkara dan tips yang diajar supaya aku boleh bercakap di hadapan khalayak ramai tanpa segan dan yakin diri. Dapat juga aku gunakan ilmu tersebut sehinggalah telah tamat zaman persekolahan dan masuk ke alam universiti. Kenangan sewaktu cikgu mengajarku dan melatihku tidak akan dapat dilupakan sampai bila bila. Biasalah, adat pertandingan, ada kalah dan ada menang. Meskipun kemenangan adalah objektif utama pada ketika itu, tetapi kesukaanku hanyalah apabila dapat meluangkan masa bersama dengan cikgu lebih banyak berbanding anak murid dan adik beradik yang lain. Perwatakan dan nilai murni yang ada pada jiwa dan hati cikgu sentiasa menjadi bekalan inspirasiku hari-hari. Berbekalan didikan dan ilmu sebagai seorang guru dan ibu kepada ku, telah berjaya merealisasikan impian untuk aku menjadi seorang peguam suatu hari nanti. Terima kasih cikgu, Terima kasih ibu, Terima kasih inspirasiku.