Mr Mohd. Amirul Safuan bin Yusof
From Maktab Mahmud Padang Terap

Nominated by MUHAMMAD HAFISZUDDIN BIN AZEMI
Sir Amirul.. Seorang guru bahasa inggeris yang telah saya anggap sebagai sahabat malahan abang saya sendiri. Beliau memasuki sekolah saya semasa saya berada di tingkatan 5 dan kemasukan beliau di sekolah saya sangatlah tepat pada waktunya kerana beliau berjaya merubah saya dari seorang budak yang nakal dan tidak mahu belajar kepada seorang yang boleh dikatakan ada sinar harapan. Tidak dinafikan saya seorang pelajar yang sangat nakal ketika dibangku sekolah sehingga pernah dibuang sekolah semasa berada di tingkatan 2 dan itu tidak langsung membuat saya ingin berubah malahan menjadi semakin nakal sehinggakan pergaduan sesama pelajar menjadi kebiasaan kepada saya. Kehadiran sir Amirul di sekolah saya merubah saya menjadi seorang yang mahu belajar sehinggakan semasa keputusan spm diumumkan di sekolah saya, semua cikgu2 terkejut dengan prestasi yang saya tunjukkan sehinggakan saya mendapat anugerah lonjakan paradigma ketika itu walaupun keputusan spm saya bukanlah yang terbaik di sekolah itu. Pendekatan beliau yang menjadikan saya serta rakan-rakan seperti rakan beliau menyebabkan kami sendiri menjadi malu untuk main-main dalam pelajaran. Kami juga sering keluar bersama beramai-ramai pada hujung minggu dan kerna itulah kami menjadi semangat untuk belajar walaupun ramai cikgu-cikgu yang tidak menyukai pelajar kelas saya dan ada yang menyumpah kami tidak akan berjaya selamanya. Cikgu Amirul lah insan yang membangkitkan kami untuk terus maju walau apa saja dugaannya dan alhamdulillah kini saya baru sahaja selesai pengajian diploma saya di uitm. Beliau merupakan idola saya kerana ketabahan beliau dalam menghadapi pelajar-pelajar bermasalah dan liku-liku kehidupan dengan tenang tanpa mengeluh dan bersedih. Beliau kini menghidap kencing manis, walaupun tidak ditahap merbahaya lagi beliau diuji lagi dengan 3 biji ketumbuhan di hempedu beliau serta kematian nenek yang membesarkan beliau dari kecil. Sehingga kini hubungan kami rakan-rakan dengan beliau tersangatlah rapat dan masih keluar dan bercuti bersama. Terima kasih sir Amirul serta seluruh guru-guru di Malaysia yang tidak kenal erti penat lelah mendidik kami anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.