Nominees

Mr Jamil Bin Husin

From Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat

Nominated by Siti syazahrina binti Mokles

Saya merupakan pelajar  tingkatan 4 di sekolah menengah kebangsaan agama segamat.Ustaz Jamil.Nama yang sering terngiang-ngiang di pemikiran saya.Nama yang sering menjadi bahan perbualan pelajar tentang kebaikannya.Nama yang sering kali didengari di perhimpunan sekolah.Sebut sahaja nama Ustaz Jamil semua pasti kenal.Gelaran menantu yang sering beliau berikan sudah lali di pemikiran kami(pelajar perempuan)Setahu saya beliau mempunyai 2 orang anak.Tapi kata-kata suatu doa.Mungkin satu hari nanti salah seorang daripada kami merupakan menantu beliau.(gurau).Melalui berita yang disampaikan oleh rakan ku kepada rakanku daripada rakannya untuk rakannya dan sampailah ke telingaku sendiri.Ustaz Jamil seorang yang garang.fuh.berpeluh dahiku mendengarnya.Ada suatu hari pada waktu prep malam Ustaz Jamil menengking seorang pelajar.wow.bergegar satu bangunan mendengar suaranya.(haha hiperbola).Pelajar yang sedang bermain,berbual,tidur masing-masing membuka buku.Kerana takut mereka belajar.Bukan pelajaran di minda tetapi Ustaz Jamil datang.Masing-masing menanti kedatangannya.Bunyi tapak kasut."menantu ustaz buat apa"fuh takut.ok senyum senyum.cuba walau tak boleh.Kegarangannya membuatkn kami semua boleh berjaya.Kerana kata-kata semangatnya membuatkan kami tidak ingin mengalah.Pada mulanya aku  merasakan beliau biasa tetapi setelah aku hadapi sendiri aku merasakan beliau luar biasa.Ketika itu waktu prep.aku belajar bersama rakanku.brulll.(bunyi perut)Dalam minda mengatakan nak aiskrim.ahh tu semua nafsu.nak juga.(syaitan mula menggoda"alah kau boleh beli 50 sen je")ok 50 sen je.aku on.terima kasih syaitan bagi cadangan(no prob sis).aku pun mengambil dompet untuk mengambil duit and guess what?Duit hilang.Ok macam biasa aku menangis.huhuhuhu nak telefon mak.waaa 30 ringgit lesap begitu sahaja.apa salahku.aku pun turun untuk ke asrama.Dan peristiwa menakutkan bagiku.ok Ustaz Jamil tengah ronda.Tak nampak,tak nampak.Jalan je ustaz tak perasan.Dan akhirnya..."syazahrina nak pergi mana?"ok ready.senyum jangan tak senyum and action?"ustaz,ye saya"aku dengan senyuman pura-pura"nak pergi mana"ok nak buat ayat apa.tolonglah otak cerna jawapan dengan cepat."ahhh,nak call mak..saya tengah sedih ni ustaz"Usataz Jamil keluarkan telefon"apa nombor mak awak"gulp.."ummm 019.....""nama mak sapa"tut tut(dail)"helo assalammualaikum puan siti hawa.ni anak dah rindu sangat."ok pasrah ustaz dailkan dan ustaz jawab.dan mungkin makku tanya siapa.ustaz jawab"ha besan besan"aku senyum tambah gelak yang tak ikhlas.ustaz memberikan telefon kepadaku.Dan bermulalah drama antara ibu dan anaknya.setelah selesai,aku memberikan semula telefon kepada pemiliknya.ketika itu ustaz jamil berada di kelasku.dan tiba-tiba....."ha syazahrina napa tak cerita apa-apa kat saya"dan aku sebagai pelakon berjaya berkata"cerita..cerita apa ustaz"dan akhirnya lakonan ku tidak menjadi apabila rakanku sudah menceritakan tentang masalah ku dahulu.ok aku pasrah.ustaz keluarkan dompetnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit.inilah sebabnya kenapa aku tidak menceritakan sebarang masalah kepada ustaz.ustaz terlalu baik sehinggakan sanggup buat apapun.ustaz kata buat beli aiskrim tapi tak pelah simpan niat dulu.sejak daripada haritu apabila terserempak dengan ustaz beliau akan tanya ada duit tak.ok cakap je ada.lagipun ada adik kat sini boleh mintak kalau ada apa-apa.Pada hari rabu ustaz datang ke kelasku dan memberikan "ceramah"pagi tentang kehilangan duit.kata kata ustaz masih ku ingati sehingga kini"kenapa kena curi.sudahlah makan diut curi haram pulaktu makan duit anak yatim.awak tak kesian ke kat dia"jujur aku cakap.aku sedih waktu itu.aku sudah kehilangan ayah sejak aku berumur 8 tahun lagi.Tambahan ustaz berkata begitu aku berasa sangat sedih.Ustaz mempertahankan diriku.Betullah kata rakan-rakanku.Ustaz Jamil seorang yang baik hati.sekarang barulah aku akui sifat luar biasanya yang aku rasakan sukar untuk cari orang seperti itu sekarang ini.ya.terima kasih ustaz.Inilah peristiwa yang akanku ingati sampai sekarang.mungkin orang tidak dapat merasakan apa yang ku rasa.tetapi cukuplah sebagai pedoman bagi semua orang.ceritaku tidak menarik.tetapi sifatnya yang tertarik aku buat ini supaya semua orang akan membuka mata untuk menghargai guru kerana terkadang kita tidak perasan guru banyak melakukan sesuatu untuk beri yang terbaik demi anak muridnya.