Nominees

Ms NOORHASLIZA BINTI MOHAMAD

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN

Nominated by NURJAZMINA FARZANAH BINTI MOHD AZMI

Cikgu Hasliza, nama yang sinonim bagi murid-murid aliran Biologi di SMK Sultan Sulaiman. Dikenali sebagai seorang guru yang amat berdedikasi dan tidak penat melayan keletah anak-anak muridnya yang mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Cikgu Hasliza telah banyak memberi inspirasi dan sekaligus telah mengubah hidup saya. Suatu ketika dulu, saya adalah seorang murid yang aktif dalam kokurikulum sehingga mulai leka dalam pelajaran. Keputusan saya mulai merosot dengan drastik dan saya mula putus asa dan mula hilang minat dalam pelajaran, umpama layang-layang terputus talinya. I was really lost and had no one to depend on. I kept this from my family because i didn’t want to burden them with my problems and i dont want them to be worried about me. Cikgu Hasliza was there when i was at my worst. She taught me Biology from a scratch, from a total zero. You might be thinking, what did i do for the whole year, my whole form 4 year. Beliaulah yang telah memberi semangat kepada saya untuk belajar telah meyakinkan saya bahawa masih ada masa untukku memperoleh A untuk SPM dan untuk membanggakan kedua ibu bapaku, walaupun telah dipandang rendah oleh “rakanku”, but teacher Hasliza believed in me. I wasn’t the only student that teacher Hasliza has helped during that time. Cikgu Hasliza ada salah seorang yang telah membantu saya untuk berdiri disaat saya jatuh dan disitu saya bernekad untuk bangkit. Saya mula memberi perhatian di dalam kelas, dan sentiasa berjumpa dengannya di bilik guru untuk menanyakan tentang pelajaran. Ada kalanya, beliau terpaksa “skip lunch” kerana melayan anak-anak muridnya bertanya tentang pelajaran. Selain daripada kelas tambahan di waktu petang, beliau juga mengajar murid-murid yang lemah di luar waktu sekolah. Beliau sanggup membahagikan masa kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang ingin belajar dengan beliau sehingga tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri and because of that, by nominating her, is the only way my batchmates and i can give back to her. Ada kalanya, sejurus selepas pulang dari kursus guru, beliau akan terus menghadirkan diri ke kelas tambahan untuk mengajar muridnya. Beliau tetap akan menghadirkan diri untuk mengajar murid-muridnya walaupun dirinya tidak sihat, demi murid-murid yang tercinta. Di mata saya, beliau bukanlah hanya seorang guru. She’s more like a family to her students, and also a friend. Beliau sangat prihatin akan murid-muridnya dan seorang pendengar yang baik. Segala masalah akan kami kongsikan dengannya. A lot of times, i actually felt like giving up, i would tell her and she would comfort me. Beliau juga tidak lokek dari segi ilmu dan wang. Beliau sentiasa menyediakan makanan buat pelajar-pelajar menggunakan duit poketnya sendiri. Saya berjaya memperoleh 7A dalam SPM 2014 dan memperoleh A dalam subjek Biologi. Saya juga masih meneruskan cita-cita untuk memperoleh ijazah di salah satu universiti terkemuka iaitu di Heriot-Watt University. Semua ini atas jasa beliau yang sentiasa percaya akan kebolehan anak-anak muridnya. She made me a hero, from a total zero.