Nominees

Mrs Roslinda binti hassan

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH MERAH (2)

Nominated by Muqri safwan bin musadik

Guru ini merupakan seorang guru yang baik dan tegas ketika mengajar didalam kelas.Apabila diluar kelas beliau dikenali sebagai diva kerana bukan kerana perangainya akan tetapi kerana wajahnya yang cantik dan ayu.Beliau juga merupakan ibu kepada 3orang anak..Apabila disekolah beliau melayan kerenah anak muridnya seperti beliau melayan anak-anaknya dirumah.GURU ialah ikon yang sinonim dengan alam pendidikan. Guru, insan yang tega berdiri berjam-jam lamanya dan sabar dengan cara begitu untuk sepanjang usia perkhidmatannya. Liur basah dan berlidah fasih seorang guru mampu menuturi anak didiknya dengan kalimat hikmah dan menuangi mereka ilmu pengetahuan sebagai suluh masa depan. Kepada anak-anak didik, guru apabila tiada dicari, namun apabila ia hadir terasa pula kerenahnya. Demikianlah guru insan yang kadang-kadang dibenci tetapi rindu. Pelbagai ikon yang diterima mereka. Antaranya arkitek masa depan, pembina bangsa dan pencetus tamadun. Tuntasnya, apa-apa jua gelaran yang diberikan kepada seseorang guru, mereka hendaklah diberi penghargaan yang selayak dengan kedudukan mereka sebagai pendidik. Oleh itu, setiap murid hendakah menghormati guru dalam apa-apa situasi sekalipun kerana merekalah ‘murabbi’ yang cuba merintis masa depan seseorang insan