Mr Muhammad Khairullah Bin Muhammad Marzidi
From Sekolah Kebangsaan Kidurong Bintulu

Nominated by Robbie samir anak bruno
Kehidupan saya pada permulaannya bagaikan tiada warna. Matlamat saya cuma satu. Saya ingin membuatkan ibu bapa saya tersenyum dan bangga serta bersyukur mempunyai anak seperti itu. Namun apa daya, saya menemui jalan buntu dan tidak tahu memulakan langkah pertama dalam memastikan aspirasi saya tercapai. Saya merupakan pelajar yang biasa, sentiasa dipandang rendah oleh kawan sekelas yang lain dalam kelas yang boleh dianggap sebagai pelajar harapan. Setiap hari dalam kelas dan peperikasaan, tahap keyakinan saya bagaikan di bawah tapak kaki kerana mereka merasakan saya ialah pelajar yang sekadar mengisi bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Ibu bapa saya sering membandingkan saya dengan pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum serta berjaya menjejakkan kaki di atas pentas Hari Anugerah Cemerlang. Saya cuba selama tiga tahun berturut-turut namun tidak kesampaian. Sehinggalah saya bertemu dengan seorang guru yang besederhana, merendah diri dan baik hati orangnya. Kali pertama diri saya menjejakkan kaki ke dalam rumah beliau ialah saya berasa kagum. Beliau rupa-rupanya telah memberi banyak kejayaan dalam pelbagai bidang terhadap anak muridnya misalan juara dalam perbahasan, juara dalam pantun, juara dalam pidato, tanpa mengira umur anak murid tersebut. Saya berasa cemburu kerana semua murid yang berjaya tersebut ialah murid sekolah rendah. Mereka cukup bertuah mempunyai guru yang menggelarkan dirinya Cikgu kayy. Bila saya berfikir semula, Tuhan telah membalas dan menjawab doa saya. Mungkin cikgu kayy lah permulaan semua matlamat saya kali ini. Beliau mengambil risiko dengan membawa saya dan rakan sepasukan tarian saya ke peringkat kebangsaan. Saya tergamam dan terpaku apabila beliau bertekad meneruskan hasrat beliau. Beliau sanggup menanggung segala perbelanjaan kami di kuala lumpur kelak. Beliau mengeluarkan sebanyak Rm8000 lebih kerana yakin terhadap kebolehan kami. Sepanjang lima tahun kami menari bersama, kami sentiasa mendapat tempat kedua. Bayangkan di tempat sendiri tiada rezeki apatah lagi bersaing dengan team lain yang kuat di tempat yang ternama. Apalah tahap kami ini dipandang oleh pasukan lain dalam pertandingan tersebut. Kami menempuhi pelbagai dugaan sepanjang perjalanan tersebut antaranya ialah orang lain mengatakan bahawa kami tidak akan mendapat tempat dalam pertandingan tersebut. Kami berasa lemah semangat semasa meneruskan perjalanan kami. Namun beliau masih tetap bertekad membuktikan kepada mereka yang memandang rendah terhadap kami. Beliau tetap menahan rasa sedih terhadap hinaan orang lain dengan menyembunyikan sedih dengan senyuman. Dan akhirnya, aspirasi menjadi realiti. Bagaikan dalam mimpi. Dengan tarian yang dipertaruhkan Kuda Pasu dan Lagenda Arung Salamaiah telah menjadi Juara Keseluruhan dalam International Borneo Festival. Air mata berlinangan jatuh ke pipi. Semua kami saling memeluk antara satu sama lain kerana akhirnya usaha selama ini menjadi berbaloi. Dengan pelbagai hinaan dari orang ramai kini telah bertukar menjadi ucapan tahniah. Dan Tuhan telah memakbulkan doa saya. Pada hujung tahun lepas, ibu bapa saya menangis melihat saya menjejakkan kaki di atas pentas. Dengan pencapaian luar biasa sebagai Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum. Dan pada ketika itulah buat kali pertama nya aku menggelarkan dirinya sebagai AYAHKU. Aku terlalu bersyukur dengan kehadiran beliau dalam kehidupan ku. Rezeki bukan terhenti disitu kerana dalam tahun ini, beliau telah membuatkan pasukan kami mendapat jemputan untuk beraksi di pentas antarabangsa. Pasukan kami telah dijemput untuk beraksi di China dalam tahun ini. Betapa gembira nya ibu bapa ku. Betapa ramainya kawan ku yang mendekati mendengar kisah perit dan manis. Aku menamakan kisah jalan cerita ini "INSPIRASI PEMANGKIN ASPIRASI". Buat selamanya inspirasi saya bermula daripada seorang guru yang biasa menjadi guru yang luar biasa. Tidak akan ku lupa pengorbanan beliau sehinggakan menitiskan air mata bila mengenangkan. Terima kasih tidak terhingga kepada Tuhan kerana telah mentakdirkan beliau sebagai petunjuk dan permulaan kehidupan sebagai pelajar yang masih berharap tentang kehidupan sekeliling. Sekian sahaja cerita ini "Inspirasi Pemangkin Aspirasi.