Nominees

Mrs Tey Geyok Heyo

From SJK C KUANG HWA, KUANTAN

Mrs Tey Geyok Heyo's photo

Nominated by Pang Jing

Nama guru yang saya sayangi ialah Cikgu Tey. Beliau sendiri hidup di dunia ini dengan dua orang anak. Suaminya telahpun meninggal dunia sejak 9 tahun yang lalu. Beliau ialah guru yang saya sayangi. Beliau merupakan guru matapelajaran BM dan BC. Beliau juga merupakan guru SPBT di sekolah saya .Beliau mengajar saya Bahasa Malaysia. Cikgu Tey datang ke sekolah pada pukul 6:15 pagi setiap hari, tidak berubah. Beliau selalu mengemas bilik SPBT seorang diri dengan rajinnya. Beliau merupakan seorang guru yang sangat rajin , bertanggungjawab dan peramah. Hubungan kami sama seperti ibu dan anak kerana beliau menjaga saya sama seperti seorang ibu menjaga seorang anak. Pada suatu kali, saya tidak dapat melihat tulisan di papan hitam, mungkin saya telah rabun jauh. Tetapi ibu saya tidak mampu membawa saya untuk memasang cermin mata buat masa itu. Cikgu Tey memanggil saya ke depannya lalu memberikan saya sesampul surat, dalam sampul surat itu ada RM 500.00.Cikgu Tey berkata:"ambillah duit cikgu ini dan pasanglah cermin mata secepat mungkin,pulang kepada cikgu apabila ibu ada wang nanti."Pada ketika itu air mata saya terus mengalir keluar, saya tidak sangka bahawa beliau telah menolong saya tanpa mengira apa apa walaupun kami berdua tidak ada hubungan pun . Beliau mahu kami menjadi seorang murid yang pandai dan mengenang budi. Di samping itu, beliau juga menasihati saya supaya rajin belajar. Di samping itu, beliau sentiasa mengingati semua murid agar menjaga buku teks dengan baik kerana buku dipinjam haruslah dijaga dengan tanggungjawab.Beliau juga telah mengajar saya nilai mengenang budi. Hati beliau sentiasa gembira walaupun beliau mahu menjaga dua orang anak secara bersendirian. Oleh itu, semasa beliau mengajar, kami akan pasang telinga. Saya amat berasa sendiri adalah budak yang paling bahagia di dunia ini. Akhir sekali, saya berjanji pada cikgu Tey saya akan belajar bersungguh-sungguh. Apabila dewasa nanti, saya akan membalas jasa beliau, kerana beliau memang seorang guru yang baik hati, juga seorang ibu yang penyabar, penyayang dan baik hati. Terima kasih, Cikgu Tey. Saya cinta pada kamu.