Nominees

Mrs AZIZAH BINTI DAUD

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDONDONG

Mrs AZIZAH BINTI DAUD's photo

Nominated by MUHAMAD NOORSYAZWAN BIN NOORDIN

Namanya diberi Azizah.Gelaran diberi adalah Cikgu Zah.Beliau mulakan kerjayanya pada tahun 1993.Sudah 26 tahun beliau berkhidmat sebagai seorang guru.Beliau sudah mengajar di 3 buah sekolah.Beliau sudah melahirkan ratusan insan yang berjaya sama ada di menara gading bahkan menjadi seorang yang berguna kepada keluarga. Kisah ini bermula 5 tahun yang lalu.Pada ketika itu saya seorang yang sangat pemalas.Hampir setiap hari saya mencari alasan tidak mahu ke sekolah.Hampir setiap hari juga saya berpura-pura sakit.Bahkan saya sanggup menipu kerana tidak ingin ke sekolah.Hal ini terjadi akibat saya mempunyai satu tanggapan terhadap guru-guru yang mengajar di sekolah.Apabila menyebut sahaja gelaran cikgu atau guru sudah semestinya mereka merupakan seorang yang garang,bahkan seorang yang kejam kerana apabila lihat di kaca televisyen guru sering memberi denda kepada muridnya yang salah tanpa mendengar penjelasan.Itulah tanggapan saya terhadap seorang guru. Satu kejadian yang telah berlaku telah merubah tanggapan saya terhadap guru.Hal ini terjadi apabila kakak saya telah mengalami kemalangan akibat dilanggar oleh sebuah motosikal.Motorsikal tersebut ditunggang oleh pelajar perempuan yang pada ketika itu tidak mempunyai lesen.Beliau telah membawa kakak saya serta penunggang motosikal tersebut ke klinik.Setelah doktor memberi rawatan.Doktor menasihati agar kemalangan ini dilaporkan kepada pihak polis.Tetapi betapa mulianya hati beliau apabila tidak melaporkan kejadian tersebut bahkan menawarkan diri untuk menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah.Perkara yang sangat mengejutkan saya adalah apabila menghulurkan sedikit wang kepada pelajar tersebut untuk baiki motosikalnya dan mendapatkan rawatan terbaik. Hal ini menyebabkan saya marah kepada beliau kerana bagi saya orang yang bersalah sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahannya.Dengan senyuman diwajahnya beliau menjawab setiap kesalahan dan kegagalan perlulah diberi peluang.Beliau juga memberitahu manusia tidak dilahirkan dengan kesempurnaan,mereka dilahirkan untuk membuat kesalahan atau mengalami kegagalan supaya mereka dapat belajar daripada kesilapan.Ayatnya membuat saya tercengang.Beliau juga memberitahu bahawa beliau jarang memberi hukuman kepada pelajarnya kerana bagi beliau kesalahan seperti tidak menyiapkan kerja sekolah,ponteng sekolah ataupun kes vandalisme.Kerana bagi beliau setiap muridnya mempunyai keistimewaan masing-masing.Tidak semestinya semua murid harus berjaya melalui akdemik tetapi perlu boleh juga berjaya melalui kemahiran. Bagi beliau tugas seoarang guru bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing bahkan untuk memimpin pelajarnya dalam mencari diri sebenar.Bagi beliau kejayaan seorang muridnya bukan terletak pada berapa nilai gaji ataupun pekerjaan.Tetapi pada bagaimana anak muridnya dapat menangani dan mengharungi cabaran di dunia yang semakin mencabar.Bagi beliau,berjayanya seorang insan itu adalah apabila dicampak ke laut mampu berenang,apabila dicampak ke pulau mampu mencari makan,apabila dicampak ke darat mampu berjalan dan apabila dicampak dunia penuh cabaran mampu bertahan. Kata-kata beliau begitu menusuk hati saya.Sedikit demi sedikit merubah tanggapan saya.Saya mula melihat guru itu seorang pejuang.Ibarat jika di medan perang mereka lah pengatur strategi.Jika di sebuah hospital merekalah doktor yang berusaha menyelamatkan nyawa.Jika di sebuah tapak pembinaan merekalah jurutera yang mendirikan sebuah bangunan yang megah.Jika di rumah merekalah seorang ibu yang mendidik anak anak. Perkara ini menyebabkan saya mula ke sekolah.Kejadian ini memeberi makna kepada saya bahawa guru itu bukan hanya sebatang lilin yang membakar dirinya demi menerangi alam.Tetapi seorang insan yang melahirkan segala galanya.Yang melahirkan para saintis terkemuka,doktor,jurutera bahkan seorang usahawan. Beliau yang diberi gelaran Cikgu Zah ini merupakan ibu dan guru kepada saya di rumah. Beliau memberi inspirasi kepada saya bermula dari kecil hingga besar.Beliau tidak pernah menyalahkan anaknya ataupun pelajarnya apabila tidak mendapat gred A dalam peperiksaa.Kerana bagi beliau tidak semua dikurniakan dengan kecerdikan yang sama.Bagi beliau perbezaan itu lah menjadikan beliau seorang guru yang berjaya.Saya harap beliau terus dikurniakan kesihatan dan keupayaan agar dapat berbakti untuk bangsa.