Nominees

Mdm Puan Haryati binti Ibrahim

From SMK Seri Pinang

Mdm Puan Haryati binti Ibrahim's photo

Nominated by Muhammad Haiqhal Radzuqhi bin Jefri

Saya sangat suka akan Puan Haryati terutamanya kerana beliau mengamalkan sikap dan nilai yang perlu kita pelajari. Contohnya, beliau seorang yang baik hati. Walaupun demikian, beliau tetap tegas. Puan Haryati selalunya membantu murid-murid yang lebih lemah dalam pelajaran dan juga mendisiplinkan murid-murid yang nakal di sekolah.Selain itu, beliau juga mengambil berat terhadap semua pelajar sama ada dalam akademik ataupun kesihatan. Puan Haryati juga merupakan seorang yang sporting. Saya masih ingat ketika beliau mendapat anugerah guru paling sporting ketika Hari Guru yang lepas. Saya berasa sangat gembira kerana Puan Haryati ialah guru kelas saya. Di samping itu, Puan Haryati juga mengajar kami dengan cara-caranya yang tidak bosan seperti berbual dengan kami ketika kami sedang membuat kerja, memberikan banyak contoh yang berkaitan dengan topik yang sedang diajarkan dan memberi pendekatan yang lebih mudah difahami oleh kami. Ini menyebabkan ramai murid yang suka akan beliau. Puan Haryati ialah guru cemerlang untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah saya. Namun begitu, beliau juga aktif dalam ko-kurikulum di sekolah saya. Oleh itu, beliau pernah mengetuai pasukan bola jaring dan berjaya merangkul johan dalam pertandingan itu. Saya sangat bangga kerana dapat diajar oleh guru yang sungguh berdedikasi ini.