Mrs Lee Yong Fong
From SMK Muara Tuang
Nominated by Mohammad Atiqurrahman bin Mohammad Ismail Hairul
Kisahnya bermula pada awal tahun ini apabila Cikgu Lee masuk ke kelas kami untuk mengajar mata pelajaran Geografi. Ketika cikgu masuk ke kelas kami, kami fikir yang cikgu merupakan seorang guru yang biasa-biasa saja tetapi beliau merupakan seorang yang sungguh garang orangnya. Pandangan saya mula berubah apabila kelas kami di Learning Observation. Sebelum kami di LO, cikgu membuat perjanjian dengan kami, sekiranya pada hari kelas kami di LO tersebut semua pelajar hadir dan memberi kerjasama yang baik, cikgu akan belanja kami makan. Setelah di LO, kelas kami mendapat reaksi yang positif daripada guru pemerhati. Hasilnya, cikgu Lee belanja kami makan. Sejak daripada itu, saya semakin bersemangat untuk belajar mata pelajaran Geografi dan saya juga hampir mendapat A dalam mata pelajaran Geografi atas berkat usaha cikgu yang lelah mengajar saya dan rakan rakan yang lain.