Ms ANFAL BINTI AMIR
From SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEDAUN

Nominated by KHAER IKHWAN BIN KHADAFFI
Ustazah Anfal sangat dekat di hatiku. Aku murid tahun 6 di Sk Sungai Bedaun, WP Labuan. Aku mula rapat dengan Ustazah Anfal bermula tahun lepas, apabila beliau melatihku untuk Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid. Aku murid biasa yang bukan pengawas, aku kurang dikenali di sekolah. Aku tidak berani untuk mencuba dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di sekolah. Tetapi, suatu hari Ustazah Anfal mencari murid untuk mewakili sekolah dalam pertandigan bercerita. Murid-murid yang berminat untuk mencuba dipanggil dan diberi penerangan serta diajar serba sedikit cara menyampaikan cerita, aku salah seorang yang hadir bersama. Akhirnya, setelah pertandingan peringkat sekolah diadakan, akulah yang bertuah dan terpilih mewakili sekolah. Pertandingan bercerita kisah Al-Quran di WP Labuan agak mencabar, kerana kami perlu melalui 3 saringan untuk sampai ke pentas final, dan setiap saringan kami perlu menghafal skrip yang berlainan. Kesunnguhan Ustazah Anfal menyuntik semangat saya untuk berusaha sehabis baik, dan akhirnya saya mendapat Tempat ke-3 Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Alhamdulillah. Apabila menang, dapat hadiah dari penganjur dan ustazah juga belanja kami makan di Hotel Palm Beach, gembiranya saya pada masa itu, tuhan saja yang tahu. Aku menjadi semakin rapat dengan Ustazah, aku memberanikan diri untuk mengikut pemilihan murid bagi Pertandingan Nasyid sempena Festival Nasyid Sekolah, dan aku terpilih. Bukan setakat terpilih, aku dijadikan solo untuk kumpulan nasyid sekolah. Aku takut kalau aku tak mampu, tapi ustazah tetap memberi kata-kata semangat, katanya aku mesti boleh buat yang terbaik. Kami berlatih hari demi hari dan aku semakin yakin diri. Tibalah pada hari pertandingan, aku dan kawan-kawan kumpulanku menyampaikan nyanyian nasyid sehabis baik, dan aku berdoa, semoga mendapat tempat yang terbaik. Kami semua berdebar menunggu keputusan Pertandingan Nasyid Sekolah rendah peringkat WP Labuan. Aku ingat lagi, aku pejam mata, berdebar. Diumumkan SK Sungai Bedaun Johan Pertandingan Nasyid Festival Nasyid Sekolah Sekolah (FNSS) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2018, Lirik dan Lagu Terbaik juga milik SK Sungai Bedaun. Solo Terbaik kategori Sekolah Rendah adalah milik Adik Khaer Ikhwan bin Khadaffi dari SK Sungai Bedaun. Aku menangis sambil tersenyum, dan aku ucap terima kasih pada semua guru-guru ku yang berada di Dewan itu. 2018 adalah tahun aku mula berani, yakin diri, dan mendapat kejayaan dalam pertandingn yang aku sertai. Alhamdulillah, terima kasih tuhan kurniakan aku guru-guru yang hebat, sentiasa mmeberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak didik SK Sungai Bedaun. Aku abadikan gambar kenangan aku bersama ustazah Anfal, dan aku rasa inilah memori terindah dan akan dikenang sepanjang hayat. Inilah antara senyuman paling manis yang pernah aku ukirkan. Terima Kasih ustazah, Selamat Hari Guru, Semoga Allah membalas semua kebaikan ustazah. Ustazahlah guru inspirasi saya. Anak didikmu, Khaer Ikhwan bin Khadaffi, 6 Baiduri, SK Sungai Bedaun, WP Labuan.