Nominees

Mr Adnan Bin Yahya

From Sekolah Menengah Agama Setiu

Mr Adnan Bin Yahya's photo

Nominated by SYIFAQ AYUMIEY BT KAMARUDDIN

"Serius nak calonkan guru displin?" " Guru disiplin boleh jadi guru inspirasi , macam tak percayalah" Haaa, tapi sekarang anda semua kena percaya tau. Adnan Bin Yahya , tulah guru inspirasi saya kali ini , kadang-kadang saya pun tak habis fikir kenapa saya ni menginspirasikan beliau , apa yang istimewa sangat tentang beliau? nak tahu kenapa istimewa sangat beliau ni , jom baca kisah saya! Dekat sekolah saya , siapa tak kenal beliau , guru paling popular , yelah dah nama pun guru disiplin dan warden asrama , siapalah yang tak kenal kan. Tapi yang saya pelik , biasanya kalau dah nama guru disiplin , muka mesti garang punya , tapi kan cikgu adnan ni muka bukan main manis lagi , murah je dengan senyuman. Saya merupakan pasukan bahas sekolah , dan Cikgu Adnan merupakan jurulatih kami. Sekali beliau buka mulutnya , confirm ayat yang keluar mesti power , macam perdana menteri. ahhahahha. Kami pasukan bahas sangat sayangkan beliau tau , mana tak sayangnya kalau sanggup teman kami berlatih sampai 2 pagi , matahari pon dah tidur , kami je yang tak tidur-tidur. Kadang-kadang kantoi juga cikgu tertidur semasa teman kami berlatih. Penat sangat . Tersentuh juga hati saya waktu tu , sampai terlintas dalam hati saya , cikgu ni walaupun penat tapi masih lagi tunjukkan semangat kepada kami. Kasihnya beliau terhadap pelajar , sampaikan demam pun , beliau masih gagahkan diri datang ke sekolah. Nak tahu tak pernah satu hari tu cikgu makan sarapan padahal masa tu , dah tengah hari . Yelah mana sempat nak sarapan kalau beliau asyik dahulukan pelajar dari diri beliau sendiri. Saya masih lagi ingat apa yang beliau ucapkan " Cikgu tegur awak semua bukan sebab cikgu tak sayang atau hanya nak cari kesalahan awak je , tapi cikgu nak awak insan yang berguna dan cikgu nak kalau satu hari nanti anak cikgu ada buat salah , masa tu awak semua pula yang akan tegur dia." Cikgu , saya tahu banyak yang cikgu dah korbankan untuk anak murid cikgu selama bergelar sebagai pendidik ni , cikgu korbankan masa cikgu , masa rehat cikgu , tenaga cikgu , semata-mata demi kami yang hanya pelajar cikgu sahaja. Ya mungkin itu dari sudut pandangan kami , tapi saya tahu cikgu anggap kitorang macam anak cikgu sendiri. Saya kongsikan kisah ini agar dapat membuka mata-mata pelajar lain , tak semestinya cikgu displin tak boleh bagi inspirasi tau. Saya kongsikan semua ini , saya calonkan cikgu adalah kerana saya mahu berikan satu penghormatan kepada cikgu walaupun saya tahu ini tidak seberapa. Andai kata kisah saya berjaya dikongsikan , saya mohon agar semua pelajar agar tidak membenci guru disiplin kerana bagi saya mereka yang paling sayang dan ambil perhatian terhadap para pelajar . Ini hanyalah secebis kisah inspirasi beliau , terlalu banyak kebaikan dan kemurnian yang beliau tonjolkan , namun itu semua tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan , cukuplah nama cikgu , kisah cikgu diketahui dunia, dan saya berjanji akan mengharumkan nama cikgu dan membanggakan cikgu dengan kejayaan pada masa akan datang . Walaupun saya hanya pelajar biasa , tapi saya amat bersyukur kerana dianugerahkan seorang insan luar biasa sebagai pendidik , Adnan Bin Yahya.