Mr Mohd Zahir bin Abd Rahman
From Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad
Nominated by Muhammad Zul Fahmi Bin Abdul
Kisah aku bermula sejak dari aku tingkatan tiga. Pada masa itu aku sering berasa bahawa ada beberapa orang orang guruku yang sedang mengikuti perkembanganku dari semasa ke semasa. Guruku ini tidak pernah mengajar di kelas aku. Tetapi apabila berselisih ketika berjalan di dalam kawasan sekolah, aku akan sentiasa memberi salam atau ucapan selamat sejahtera sebagai tanda menghormati guru manakala bibirku juga tidak pernah kedekut untuk memberikan senyuman kepada mereka. Guruku ini mengajar matapelajaran pendidikan islam dan merupakan guru yg memegang persatuan badan beruniform kadet polis. Okey ini baru sahaja pengenalan dari cerita aku. Kisahnya bermula apabila guruku ini atau aku lebih gemar memanggilnya dengan gelaran ustaz kerana beliau memang ustaz, hehe. Pada awal tahun 2015 iaitu semasa aku di tingkatan 4, beliau memanggil aku ketika aku sedang berjalan dan pada masa itu aku lari kerana aku takut kalau aku ada melakukan kesalahan disiplin tanpa aku sedari. Mesti masa itu beliau kebingungan haha. Seterusnya, dalam satu perjumpaan untuk mendaftarkan diri dalam persatuan badan beruniform, aku memilih untuk menyertai kadet polis kerana pasukan kawad kadet polis di sekolahku pada ketika itu amat gah di negeri aku dan kerana aku juga yang meminati kawad kaki jadi aku membuat keputusan nekad untuk menyertai kadet polis. Bermula dari itu beliau mengendalikan mesyuarat persatuan yang diadakan untuk membuat perlantikan. Sejak dari hari itu aku meminta maaf kepadanya kerana aku lari pada tempoh hari dan sejak hari itu juga aku mula akrab dengannya. Beliau merupakan seorang guru yang amat penyayang, memahami pelajar, tidak garang malah bagi aku beliau merupakan seorang guru yang sangat profesional. Beliau melayani beberapa orang pelajar yang bermasalah di sekolah dengan cara yang amat baik bukan dengan menghukum, itulah salah satu sifat yang membuatkan aku berasa lagi hormat kepadanya. Sampailah suatu hari dimana ayah aku tiba2 diserang penyakit stroke/lumpuh dimana ayahku yang merupakan tulang belakang keluargaku selama ini dalam mencari rezeki membesarkan aku dan adik beradik yang lain sudah lagi tidak mempunyai kudrat. Beliau mendengarkan khabar itu langsung memanggilku untuk bertemunya di bilik guru. Dan beliau mendoakan ayahku supaya sembuh seperti sedia kala. Dia memberikan aku kata2 semangat, menyuruh aku untuk tabah dalam menghadapi segala ujian dan banyak lagi perkara yang positif beliau sampaikan kepadaku. Beliau pada tahun itu merupakan salah seorang guru yang menjadi warden asrama juga telah mencadangkan aku untuk menetap di asrama untuk mengurangkan sedikit beban aku. Beliau menolong aku menguruskan hal-hal yang berkaitan untuk kemasukkan aku ke asrama. Semakin lama aku mengenalinya semakin banyak kisah-kisah yang kami kongsikan. Pada tahun itu dia menyuruhku untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membantu ibu dan ayahku pada esok hari sebagai tanda menghargai mereka. Tapi sikapku pada masa itu hanya asyik leka dengan sukan dan kurang peduli dalam pembelajaran membuatkan keputusan peperiksaan aku kurang memuaskan. Lepas dari aku mendapat keputusan yang kurang memuaskan itu aku terus di "brainwash" kaw kaw oleh beliau. Ialah leteran seorang guru itukan merupakan leteran yang membina dan sebagai tanda guru itu sayang kepada kita. Beliau boleh dikatakan seperti abang aku sendiri pada ketika itu kerana beliau selalu memberikan aku barang-barang keperluan untuk belajar malah kadang-kadang beliau juga memberikan aku duit poket untuk berbelanja. Aku berasa serba salah untuk menerima tetapi aku terpaksa menerima yalah kata orang tua-tua rezeki depan mata tak baik ditolak lagi pun niat ustaz aku ikhlas untuk menolongku. Macam dah terlalu panjang pulak aku bercerita, tidak mengapa di bawah ini akan aku ceritakan mengapa aku disini menyarankan beliau sebagai guru inspirasi buatku. Pada aku, beliau merupakan guru yang menginspirasikan aku kerana beliau pernah menceritakan bahawa beliau juga dulu berasal dari keluarga yang susah, tapi beliau berkata jangan pernah biarkan susah itu menjadi alasan kenapa kita tidak boleh berjaya, jangan pernah menjadikan kesusahan itu sebagai penghalang untuk kita berjaya, sesungguhnya orang yang susah itu akan jadi paling senang di kemudian hari kerana dia telah melalui pelbagai onak dan duri dalam kehidupan ini dan lebih menghargai sesuatu perkara itu. Beliau pernah berkata, kalau kita tidak berusaha untuk keluar dari kesusahan itu siapa yang akan menolong kita? Siapa yang akan menolong keluarga kita kalau bukan diri kita sendiri. Beliau sendiri pernah berkata kepada aku bahawa sabar dalam menuntut ilmu itu sangat penting. Ini kerana jika ada salah dan silap atau kita dimarahi oleh guru itu, semua itu untuk pengajaran buat diri kita juga. Beliau menyuruh aku untuk tetapkan impian aku dan menyuruh aku untuk mencapainya satu persatu tetapi yang paling penting jangan pernah lupa kepada tuhan dan ibu bapa. Itu benda pertama yang perlu kita ingatkan dalam setiap perbuatan kita, dengan redha ibu bapa dan doa mereka in sha Allah kita akan berjaya. Kalau kamu nak berjaya janganlah sesekali kamu membuat ibu bapa kamu bersedih katanya. Beliau sering membawa aura yang positif kepadaku. Beliau sangat memahami aku. Di asrama juga beliau sering menolongku dalam mengulang kaji pelajaran jika ada yang aku tidak tahu. Beliau sering membelikanku makanan. Aku sangat terharu kerana mendapat seorang guru yang sangat baik terhadapku. Beliaulah guru yang telah mengubahku untuk menjadi lebih rajin berusaha untuk mencapai apa yang aku mahukan meskipun ada lagi guru-guru lain yang sering menasihatiku. Pada hari mendapat keputusan SPM, alhamdulillah berkat doa ibu bapaku, aku dan aku yakin beliau juga turut mendoakan aku akhirnya aku dapat keputusan yang agak cemerlang. Aku rasa penat lelahku selama ini berbaloi dan aku menjadikan itu sebagai satu titik permulaan untuk aku melanjutkan pelajaran ke tahap yang seterusnya. Sampai ke hari ini aku masih menghubunginya melalui whatsapp atau pun kadang-kadang ketika aku balik cuti dari belajar aku akan ke rumahnya. Sekarang aku pula hendak membalas semua jasa baiknya meskipun jasanya x terhitung oleh jari jemariku ini tetapi akan aku balas semua itu. Aku selalu mendoakan beliau agar beliau sentiasa sihat, panjang umur serta dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu. Terima kasih kepadamu ustaz yang telah mencorakkan aku untuk menjadi seorang insan yang berguna. Terima kasih cikgu.