Nominees

Mdm ZARINA BINTI ABDULLAH

From SMK DATO SRI AMAR DIRAJA MUAR

Mdm ZARINA BINTI ABDULLAH's photo

Nominated by NURUL IZZATI BATRISYIA BINTI AZMAN

Permaisuri,itulah maksud kepada salah seorang guru sejarah di sekolah saya,puan Zarina.Saya mula mengenali beliau pada tahun pertama saya melangkah kan kaki ke sekolah itu.Pada mulanya,saya adalah seorang pelajar yang tidak minat akan subjek sejarah,tetapi,dengan kehadiran guru 'PERMAISURI' ini,minat itu datang tanpa saya sedar.Cara pengajarannya yang sangat efektif ditambah pula dengan sifat keibuannya yang semulajadi,membuatkan pelajar pelajar tertarik dan bertambah minat untuk belajar dengan beliau.Beliau terlalu mengutamakan pelajar pelajarnya agar kami dapat mencapai apa yang kami sasarkan.Tamat sahaja waktu persekolahan,beliau akan bergegas pulang ke rumah untuk bersedia kelas tambahan yang diadakan dari waktu petang sehinggalah waktu malam mengikut hari yang ditetapkan.Segala tunjuk ajar yang diselangi dengan nasihat akhirnya telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Pengorbanan beliau tidak mampu kami balas melainkan perkataan 'TERIMA KASIH '. Terima kasih kepada ibu Zarina,kerana telah menjadi permaisuri kepada kami semua di sekolah.Permaisuri bukan sahaja memberi maksud kepada nama Zarina,tetapi permaisuri juga memberi erti kepada kami semua.Segala jasa beliau takkan saya lupakan.Semoga ibu Zarina terus berjaya dalam bidang perguruan untuk subjek sejarah.