Nominees

Mrs FARAH LINA BTE SHAH RIDWAN

From SMK TUN TUAH

Mrs FARAH LINA BTE SHAH RIDWAN's photo

Nominated by UMMU SAERA BINTI ABDULLAH

Watak aku, seorang pelajar perempuan yang agak kasar kelakuannya. Tapi, kelakuan itu hanya lebih ditunjukkan di hadapan rakan2 ku. Drama air mata? Jarang sekali dihadapan mereka. Tetapi, bukan manusia lah kan kalau tiada masalah. Datang sekolah, dengan muka sembap, datang sekolah lambat, kerja rumah orang paling last hantar, dalam kelas sentiasa mengantuk, riak wajah resah, orang sekeliling sentiasa pandang rendah. Result aku? Tak pernah dapat membanggakan guru2 mahupun mak ayahku. Dalam masa aku hampir putus asa dan berserah tanpa usaha dari segalanya, Allah hadirkan insan yang sangat2 istimewa. Perwatakannya seorang yang garang, dan mempunyai kelebihan dalam memberi ayat yang sangat2 menusuk ke kalbu anak muridnya. Hehe. Berdasarkan perwatakannya begitu, siapa tahu, dia menjadi luar biasa dalam hidup aku. Segalanya tentang aku, dia cuba fahami dan selami. Setiap hari, akan dibawa bekalan makanan untukku, kerana risau aku tak fokus dalam kelas kerana dia tahu aku jarang beli makanan di kantin sekolah. Dari mula aku rapat dengan dia, dia sentiasa positifkan diri aku, sebab aku jenis takda keyakinan diri, tambahan pula orang sekeliling yang sentiasa memandang rendah dan menjatuhkan semangat aku. Sebelum aku trial SPM, aku beritahu kepada dia, aku nak sangat naik pentas, nak jadi salah seorang pelajar terbaik (terutama dalam subjek yg diajarnya). Tapi aku gagal. Punah harapan aku nak banggakan dia. Hampir putus asa. Tapi, ayat yg selalu dia lontarkan, "Takpa takpa, ada masa, kita cuba lagi k. Awak tak dapat naik pentas sekarang, tapi awak akan naik pentas masa pengumuman SPM sebenar nanti " . Die yang sentiasa ada dengan aku, bukan sahaja utk subjeknya, tapi merangkumi semua subjek. Waktu semakin suntuk, hampir ke garisan pemula utk aku duduki SPM. Setiap hari, dia akan tanya, apa yang aku buat, apa yang aku ulangkaji. Makmal yg didudukinya sentiasa terbuka utk aku keluar masuk supaya aku dapat belajar dgn selesa. Sebelum hari pertama aku duduki SPM, dia sediakan aku dengan alat tulis baru dan sekeping kertas yang tertulis doa. Harinya tiba, aku datang dengan mata yg merah, kertas doa yg diberinya aku genggam kuat, terus menuju ke makmalnya. Aku tak mampu berkata2, terus mendekatinya, dan tiba2 air mata ganas ku mengalir tak henti. Aku hanya mampu cakap " Sy takut usaha sy tak cukup, sy kecewakan orang yg sy sayang". Dia yang cuba tenangkan aku, turut mengalirkan air mata. Dia tak jemu, sepanjang aku duduki SPM, aku sentiasa dia perhatikan. Hari demi hari, akhirnya SPM tamat. Hari keputusan SPM diumumkan makin tiba. Aku yang sentiasa dengan sifat ku yang tidak mempunyai keyakinan diri, memohon maaf darinya terlebih dahulu andai keputusan ku tidak dapat membuatnya bangga dengan aku. Tapi, dia hanya berkata "Walau apa pun keputusan awak, sy tetap bangga dengan awak". Hari yang ditunggu2 telah tiba, hati berdebar hanya tuhan je tahu. Tiba2 namaku diumumkan untuk naik ke pentas. Aku salah seorang pelajar cemerlang. Dan untuk subjeknya, aku salah seorang yg mendapat gred tertinggi. Aku tergamam, terkedu, terdiam seribu bahasa. Impian aku selama ni yg sangat2 aku impikan, tercapai. Aku berjumpa dengannya, tertunduk dengan penuh rasa rendah diri, mendekati dan terus memeluknya. Air mata kegembiraan kami mengalir sambil dia berbisik "Allah dengar doa kita. Impian awak dah tercapai. Awak dh buktikan kat semua orang yang pandang rendah kat awak, yang awak boleh. Saya bangga dengan awak". Hanya tuhan saja tahu betapa bahagia dan bersyukurnya dihati. Mungkin tanpa dia, aku tak mampu berdiri kat atas pentas yang selama ni aku impikan, aku tak mampu peroleh apa yang aku peroleh sekarang, aku tak sekuat dan seteguh aku sekarang. Terima kasih tak terhingga Puan Farah Lina bte Shah Ridwan. Begitu juga kepada guru2 ku yang lain. Me and my friends from ZERO to HERO. Hasil dari didikan guru. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kamu wahai guruku.