Mrs Um Taksiah binti Ismail
From Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaakob

Nominated by Nurul Azrina binti Abdul Halim
Guru inspirasi yang saya calonkan ini telah banyak mengajar saya sepanjang saya membesar sehingga berumur 17 tahun. Beliau telah banyak membantu memberi cahaya hidup kepada saya serta anak muda yang lain. Sebagai anak, beliau telah menjalankan tugas sebagai pendidik dan seorang ibu dengan baik sekali dan saya percaya beliau telah menjadi ibu yang baik juga bagi anak muridbya di sekolah. Dengan pengalaman menjadi pendidik lebih 30 tahun, beliau telah berjaya menaikkan nama sekolah yang telah beliau pegang dengan jaya sekali. Beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang sekolah yang bukan terbaik di Kuala Lumpur dan alhamdulillah, sekolah itu menjadi semakin baik selepas beliau menjadi Pengetua di situ. Walaupun biasanya beliau akan dikenali dengan kegarangan beliau, namun beliau sebenanya mempunyai hati yang sangat murni dan sangat keibuan. Telah banyak rintangan yang telah beliau lalui untuk menjadi pendidik dan pengetua yang berjaya dan sebagai anak, saya amat berbangga dengan beliau. Saya ingin menghadiahkan Anugerah Guru Inspirasi ini kepada beliau sebagai hadiah terakhir sementara beliau masih bergelar guru memandangkan beliau akan bersara pada bulan Mei 2019 ini. Jadi saya yakin, beliau lah orang yang paling sesuai untuk memenangi Anugerah Guru Inspirasi 2019 ini.