Nominees

Mrs Saidatul Khadijah Binti Mohd Farudz

From Sekolah Kebangsaan Telok Kemang

Nominated by MUHAMMAD ZAHIN BIN SHAWAL MATZIENI

Bagi saya, Cikgu Saidatul merupakan insan yang paling layak untuk diklasifikasikan sebagai seorang guru yang mampu untuk menjadi inspirasi kepada ramai golongan dewasa mahupun remaja di luar sana. Beliau sanggup mengorbankan masanya bersama keluarga demi mendidik kami sehingga berjaya. Kami dilatih pagi petang siang dan malam tanpa penat lelah oleh Cikgu Saidatul. Cikgu merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang amat menarik dan beliau merupakan insan yang tabah walaupun terdapat segelintir guru di sekolah, yang merupakan rakan sekerjanya, yang mengutuk dan menafikan keikhlasannya semasa mengajar. Baru baru ini, kebolehan kami telah dinafikan, dan telah dihakimi secara amatlah tidak adil oleh insan yang alpa keatas kuasanya sebagai seorang ketua hakim. Cikgu bangun dan cuba mempertahankan maruah dan hak kami yang lebih layak untuk bergelar juara namun, insan insan ini menghentam cikgu dan mengatakan begini, “Cikgu ni ada masalah ke?”, Sungguh pedas kritikan yang diberi. Namun, beliau tetap tenang dan bersabar. Hati kami sebagai murid turut terguris. Kejam sungguh individu tersebut, selepas ini, jangan berani nak maki cikgu kami or you will get your reply. Cikgu Saidatul banyak memberikan kami nasihat dari segi kehidupan dan agama. Beliau tidak pernah mengeluh dan berputus asa walau penat macam mana sekali pun sesuatu perkara yang dilakukannya. Ingat lagi, apabila cikgu pulang daripada PPD untuk membuat bantahan bagi menegakkan keadilan, dan malangnya pihak hakim tersebut masih mahu menegakkan benang yang basah. Apa lagi yang boleh dibuat,sudah pasti hatinya amat terluka dek kerana dihina dan dihentam tanpa disiasat. Walaupun cikgu tabah, beliau masih punya hati dan perasaan. Hati yang menyimpan seribu satu perasaan. Ok, sambung. Cikgu menangis semasa beliau mengabarkan berita ini pada kami. Tertunduk Cikgu Saidatul di pangkuan salah seorang sahabatku yang juga merupakan salah seorang peserta. Hati cikgu, hati kami, memang betul betul terluka. Menitis air mata aku. Tak sangka sayangnya cikgu pada kami sampailah ke tahap ini. There’s no word would describe how much I love you too. How much we, love you, Cikgu Saidatul. Teramatlah besar pengorbanan cikgu pada kami. Tak termampu untuk kami balas. Yang kami mampu hanyalah berdoa agar amalan baik cikgu ini dapat menjadi peneman cikgu di alam Jannah Firdausi yang kekal kelak nanti ya. Kami tahu, cikgu betul betul ikhlas mendidik kami sehingga berjaya kerana Allah. Cikgu tetap berusaha untuk membahagiakan kami. Atau dalam erti kata lain, untuk tidak mematahkan semangat kami. Insyaallah kami semua akan ke Singapore pula untuk menyertai pertandingan bahas peringkat antarabangsa. Semoga Cikgu Saidatul diberi rezeki yang melimpah ruah. Diberi ketenangan jiwa dan dibahagiakan rumah tangganya. Sentiasa dikelilingi insan yang penyayang, jujur dan baik serta hidup cikgu dirahmati Yang Maha Esa. Love you, Cikgu Saidatul.