Nominees

Mr Mukmin bin Nantang

From Sekolah Alternatif Semporna

Mr Mukmin bin Nantang's photo

Nominated by Nur Radhiah binti Rahmat

Saya terinspirasi dengan kesungguhan Cikgu Mukmin dalam membantu membangunkan pendidikan anak-anak bangsa yang tercicir. Beliau sanggup tinggal di Semporna dan membangunkan sekolah alternatif untuk anak-anak tanpa dokumen di sana demi untuk memberikan peluang pendidikan kepada anak-anak di sana. Kini beliau juga sedang dalam projek membangunkan sekolah alternatif untuk anak-anak tanpa dokumen di Tawau. Dengan moto hidup pendidikan untuk semua, Cikgu Mukmin membuktikan kredibiliti seorang guru dan menunaikan tanggungjawab bukan hanya terletak di atas bahu graduan ijazah pendidikan tetapi di atas bahu sesiapa sahaja yang menginginkan masa depan yang baik untuk dunia. Beliau merupakan seorang graduan dari latar belakang kesenian dan seorang yang lantang memperjuangkan hak-hak mereka yang tertindas. Dengan adanya sekolah alternatif di atas air ini, memberikan sinar harapan baru untuk masyarakat di sana mengubah nasib diri mereka bermula daripada sekarang. Poverty cycle perlu dihentikan dan semua itu perlu dimulakan dengan pendidikan. Bukan itu sahaja, di sekolah alternatif ini juga murid-murid bekalkan dengan ilmu keusahawan di mana mereka diajar untuk menyediakan produk mereka sendiri seperti gelang, t-shirt, wau untuk menjana pendapatan mereka. Ada juga di antara murid yang berpotensi dibimbing untuk menjadi pembantu guru dalam mengajar rakan-rakan senasib dengan mereka. Kerana fokus utama pendidikan diberikan adalah supaya suatu hari nanti mereka mampu berdikari dalam membangunkan masyarakat mereka sendiri. Semoga segala usaha Cikgu Mukmin dan geng-geng Borneo Komrad beliau dalam menyediakan pendidikan untuk semua berjaya dijalankan dengan terbaik. "Not all heroes wear suit, sometimes they hold a chalk."