Mr Muzafar
From MRSM PENGKALAN HULU

Nominated by AHMAD AMIR 'IZZUDDIN BIN AHMAD HARIZI
Ckgu muzafar lebih dikenali sebagai cikgu mozac. Beliau merupakan sumber inspirasi saya kerana beliau merupakan seorang guru yang sentiasa senyum. Beliau juga merupakan seorang guru kaunseling yang sangat bagus. Beliau menjadikan murid nakal seperti saya mengikut peraturan dan beliau juga sering mengambil berat terhadap saya. Beliau juga sentiasa bersemangat dalam membentuk diri pelajar agar menjadi seorang manusia yang berguna pada setiap masa. Beliau juga seorang guru yang aktif dalam kehidupan seharian. Tambahan pula beliau mempunyai tutur kata yang lembut dalam setiap perbualan sama ada dengan guru mahupun dengan murid. Beliau juga seorang guru yang sentiasa mengambil berat terhadap murid-muridnya. Beliau juga akan memantau perkembangan pelajar-pelajar yang nakal seperti saya agar saya dapat berubah ke arah yang lebih baik dan cemerlang dalam hidup.