Nominees

Mrs SITI ROHANI BINTI ABDULLAH

From SMK CHENGAL LEMPONG

Nominated by SHARIFAH NUR AINAA' ARISYA BINTI MOHAMAD ZAUDI

Kisah aku bermula pada 2017 di SMK TOK SERA aku baru melangkah ke tingkatan 1.Pada masa itu aku diperkenalkan dengan subjek baru iaitu subjek Asas Sains Komputer a.k.a ASK .Cikgu yang mengajarku ialah cikgu Siti Rohani Binti Abdullah nama itu akan sentiasa segar dalam ingatanku selama lamanya.Beliau seorang guru yg sporting dan selalu mengambil berat tentang anak muridnya.Dialah ibu kami di sekolah yang sering mendengar masalah kami.. Aku pula seorang murid yang sederhana dan aku seorang yang malu bertanya.Aku masih ingat, di waktu aku tingkatan 1 aku sering gagal dalam subjek tersebut.Aku berasa sedih melihat kawan kawanku lulus dalam subjek tersebut.Pada waktu cikgu datang dan berkata takapalah cikgu faham nanti cuba lagi.Kata kata itu terpahat dalam ingatanku hingga ke hari ini.Kata kata itu mungkin nampak remeh tapi padaku itu kata kata yang berharga yang mengajarku erti jangan berputus asa. Pada tahun lepas (2018) pada ujian satu aku turut gagal dalam subjek itu tapi cikgu tak berputus asa mengajar kami sekelas dan terus tersenyum.Beliau membelikan buku latihan dan modul kepada kami.Pada ujian akhir tahun aku berjaya lulus dalam subjek tersebut ini kerana cikgu menyuruh kami sekelas membuat projek untuk menambah markah kami.Selepas itu tinggal beberapa hari lagi untuk tamat sesi persekolahan 2018.Cikgu cakap yang dia akan mengajar subjek ASK ini lagi tahun depan seperti tahun sebelumnya. Betul kata orang tua dulu dulu, yang baik takkan kekal.Pada awal sesi persekolahan tahun ini(2019) aku tidak nampak kelibat cikgu rohani lagi. Aku dan rakan rakan ingat mungkin cikgu pergi kursus kot rupa rupanya cikgu telah bertukar ke SMK CHENGAL LEMPONG .Kami sekelas terkejut mendegar berita ini .Aku berasa sedih kerana tidak dapat mengucapkan terima kasih kepada cikgu rohani.Pada baru baru ini, rakanku terserempak dengan cikgu rohani.Dia tanya cikgu kenapa pindah tak bagitahu.Cikgu membalas dia taknak bagitahu sebab nanti kamu satu kelas sedih.Cikgu memohon untuk bertukar sudah lama sebab sekolah tersebut dekat dengan rumah cikgu dan cikgu tak sangka cikgu dapat tukar. Kesimpulanya hargailah jasa guru kita sebelum dia sudah pergi.Baru aku sedar guru bukan orang yang hebat tetapi guru yang menjadikan orang itu hebat.Terima kasih cikgu rohani kerana telah mengajar kami sekelas yang nakal ini.Cikgu doakan kami untuk PT3 tahun ini Jasa dan ilmu yang cikgu berikan tak dapat terhitung.Sekali lagi terima kasih cikgu...