Nominees

Mr Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib

From SMK DR MEGAT KHAS

Mr Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib's photo

Nominated by Muhammad Nazri bin Kamarulzaman

Sir fazdhly merupakan idola saya kerana tidak pernah sesekali kedekut ilmu kepada kami semua. Beliau akan sentiasa sentiasa mencurahkan semua ilmu yang dia telah belajar bahkan lebih. Beliau merupakan seorang guru yang amat prihatin dan berintegriti. Beliau merupakan seorang kaki gosip aka mak cik bawang dan akan berkongsi cerita tersebut di dalam yang selalu membuatkan kami ketawa terbahak-bahak. Beliau juga amat peka terhadap isu-semasa dan suka menonton rancangan memasak. Beliau juga merupakan tukang masak yang terbaik kalah semua peserta rancangan Masterchef Malaysia mahupun negara yang lain dan beliau sering memasak dan mengajak kami makan di rumah. Beliau juga sering mengatakan bahawa walaupun rezeki sedikit, tetapi jika berkongsi bersama akan menjadi banyak dan mendapat keberkatan serta kenyang ?. Beliau merupakan seorang guru yang berwibawa dan bertanggungjawab dan sensitif. Walaupun beliau seorang prihatin dan baik, kita hendaklah tidak mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.Beliau juga selalu mengingatkan bahawa jangan sesekali menyentuh seorang fazdhly. Contohnya, ada sehari tu budak lelaki yang lain lambat, dia halau kelas dan suruh belajar dekat luar kelas. Mula- mula kami ingat beliau akan memanggil kami masuk setelah lama berdiri di luar tetapi harapan palsu kerana beliau tengok kami di luar sambil mengukir senyuman ??. Beliau juga suka sangat tengok cermin dan menyikat rambut di bilik guru sambil mengatakan dia sangat hensem. Cara beliau mengajar sangat terbaik dan kreatif dan amat mudah difahami. Beliau juga sering memberi ganjaran kepada para pelajar yang cemerlang subjeknya iaitu addmath dan matematik. Contohnya, beliau telah membawa saya dan dua rakan saya ke ioi city mall untuk melepak bersama kerana kami telah mendapat markah tertinggi dalam ujian yang disediakan olehnya. Beliau juga merupakan seorang yang cool dan steady. Beliau juga tidak pernah berputus asa terhadap pelajarnya dan itu yang membuatkan saya sangat mengaguminya. Walaupun mempunyai banyak kelebihan dan kelemahan yang sedikit??, beliau telah menjadi sumber inspirasi dan role model kepada saya.