Nominees

Mr Jusli Dullah

From SMK Entabuan Tenom

Mr Jusli Dullah's photo

Nominated by Scolacyrillyn Suaile

Saya mempunyai seorang guru yang menjadi sumber inspirasi saya di sekolah.Beliau merupakan seorang guru yang sangat tegas tetapi pelawak,sangat berdedikasi dan seorang guru yang sangat bertanggungjawab serta seorang yang menepati masa.Hal ini dikatakan demikian kerana,saya sendiri dapat melihat bahawa beliau sangat bersungguh-sungguh dalam mendidik anak muridnya di kelas 5 Proaktif dimana beliau akan berada di depan kelas 5 minit awal sebelum kelasnya bermula dan apa yang lebih menarik tentang dirinya ialah , apabila masa untuk beliau mengajar kelas kami berlanggar dengan masa mesyuarat beliau akan sedaya upaya untuk masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa. Walaupun beliau sudah tua namun demikian beliau seorang yang berjiwa muda dimana beliau mampu menarik perhatian anak muridnya untuk belajar bersama sama dengan membuat lawak dan hal ini menyebabkan, setiap kali beliau mengajar kami , kami tidak pernah berasa bosan , mengantuk dan tidur di dalam kelas. Beliau seorang yang sangat proaktif,inovatif dan kreatif dalam mendidik anak muridnya. Seterusnya, beliau menjadi sumber inspirasi saya kerana beliau telah banyak menolong kelas kami untuk skor 'A' di dalam subjek Bahasa Melayu lebih lebih lagi saya dan beberapa orang rakan saya yang sangat lemah dalam subjek Bahasa Melayu dimana sebelum ini kami tidak pernah mendapat Gred A dalam subjek Bahasa Melayu. Namun hal yang demikian, atas jasa baik beliau mendidik dan mengajar di dalam kelas kami dan kelas lain , kami semua mendapat Gred A dalam SPM dan hampir 100% menjawab Gred A dan apa yang membanggakan diri saya sendiri ialah , saya menjawab A+ dalam subjek Bahasa Melayu. Saya sangat bersyukur kerana mendapat seorang guru seperti beliau yang mampu menarik perhatian dan minat saya dalam subjek tersebut.Hal ini dikatakan demikian kerana, pada mulanya saya merupakan seorang pelajar yang pernah tergolong dalam golongan yang lemah dalam penggunaan Bahasa Melayu lebih lebih lagi apabila saya mengarang karangan Bahasa Melayu.Namun, atas jasa baik beliau lah saya dapat membawa nama saya ke dalam golongan pelajar terbaik lebih lebih lagi dalam subjek Bahasa Melayu.Dipendekkan kata, Beliau seorang yang sangat tabah dan tidak pernah putus asa untuk memperbaiki dirinya dan anak muridnya khususnya dalam pendidikan. Tambahan pula, beliau pernah menceritakan kepada saya dan rakan sekelas saya bahawa beliau seorang anak yang lahir dalam keluarga yang sangat susah.Beliau yang pada mulanya hanya bersekolah di kampung dan diajar oleh orang kampung sendiri dan bukannya seorang guru keluaran 'U'.Namun demikian , beliau nekad untuk menyambung pelajarannya di sekolah yang diajar oleh guru guru keluaran Universiti dan akhirnya beliau dapat mencapai hajatnya. Apa yang menaikkan semangat saya untuk terus mahu belajar ialah, beliau pernah mengatakan bahawa beliau pernah gagal dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM dan menyebabkan hajat beliau untuk menjafi seorang guru musnah pada mulanya.Namun yang demikian, seperti yang saya katakan beliau seorang yang tidak pernah putus asa untuk mencapai sesuatu kejayaan.Beliau sekali lagi nekad untuk mengambil SPM ulangan dalam subjek Bahasa Melayu kerana beliau ingin membuktikan kepada orang tuanya bahawa beliau juga mampu menjadi orang yang berjaya dan inilah beliau sekarang, merupakan salah seorang guru cemerlang di sekolah saya.