Nominees

Mdm Norziela Yasin

From Kolej Tunku Kurshiah

Nominated by Afrina Fatini Mohd Farid

Detik ini Andai ku tersungkur dia datang memaut Andai ku tersasar dia memandu kiblat Andai ku tersesat dia mununjuk arah Kali ini Jika ku buta abjad Jika ku buta bahasa Jika ku buta warna Dialah bukti untuk membuka mataku Harapanku Andai ku megah di ambang wati Andai ku teguh di ufuk kejayaan Andai ku tinggi di langit biru Biarlah itu semua ku lakukan dengan dia di mindaku ”dia” yang saya maksudkan di dalam puisi dia atas ialah guru wanita saya yang mengajar subjek Bahasa Melayu.Saya merupakan pelajar tingkatan 3. Tahun ini genap 18 purnama saya betandang ilmu bersama guru saya.Tidak kan cinta jika tidak berkenal,Norziela Yasin nama diberi orangnya berbadan sederhana mempunyai tahi lalat terserlah indah di wajahnya sebagai penyeri wajah ketika tersenyum, berkaca mata sebagai pelengkap pancaindera, ketika berkata tidak gagal dalam mendapatkan perhatian murid, kata-katanya membangkit semangat murid.Selesai sesi perkenalan,saya ingin mulakan peristiwa saya dengan berbahasakan diri saya sebagai “aku” 22 Ogos 2017 “Alamak Fat tak siapkan kerja BM lagi !”, kataku dengan gelisah.Tanpa ku sedari dialog ku didengari oleh Pn.Ziela. “Kenapa? Bagi cikgu 10 sebab kenapa awak tak mampu siapkan” kata Pn.Ziela dengan senyuman seramnya. Mahu aku terkencing di situ jika terlihat senyumamnya sinisnya bagai ingin menelan diriku hidup-hidup.Aku terdiam kerana takut,tak mampu aku berkata apa-apa dek tergamam diterjah oleh cikgu.”Kalau kamu tak mampu beri sebab kepada cikgu,saya bagi kamu sebab kenapa ibubapa kamu hantar kamu ke sini” kata Pn.Ziela dengan mukanya yang meyakinkan.”Kamu anak mereka,kamu pewaris bangsa tanah melayu,kamu generasi yang akan mewarisi peninggalan nenek moyang Tunku Kurshiah dan kamu pewaris tradisi Kolej Tunku Kurshiah,kalau bukan kamu yang daftar diri sebagai TKC siapa yang akan menyambung adat lama ini.Bersyukur dengan kemasukkan kamu ke TKC.Jalankan tanggungjawab kamu sebagai murid.”, aku tergamam mendenkata-katanya aku terdiam kaki ku yang bergetar kerna takut dimarahi berhenti serta merta.Dan saat itu aku sedar bahawa aku perlu berubah dan itu merupaka insipirasi yang aku terima untuk kekal berada di Kolej Tunku Kurshiah ini.