Mdm LATIFAH RABANIAH BINTI SELAMAT
From SK FELDA LOK HENG SELATAN

Nominated by ARISSA SOFEA BINTI ARMAN
Saya masih ingat semasa awal persekolahan darjah satu, saya selalu berasa gementar dan seram sejuk. Dalam fikiran saya hanya hendak balik ke rumah. Selepas tamat perhimpunan pagi, kami pun masuk ke kelas masing-masing dengan perasaan yang gementar, seram sejuk dan ada yang menangis! Tidak lama selepas itu, seorang guru telah masuk ke kelas kami. Namanya Madam Latifah. Kami pun mulakan pelajaran. Madam mengajar kami dengan lembut. Aktiviti yang dijalankan amat menyeronokkan. Perasaan gementar dan seram tadi akhirnya hilang berganti dengan perasaan lega dan gembira. Begitulah permulaan saya mengenali Madam Latifah yang tidak pernah bosan mendidik kami sekelas yang bermacam-macam ragam dan perangai. Sekarang saya berada dalam darjah lima. Madam Latifah selalu menasihati kami untuk memperbaiki diri dan menambah usaha. Tahun depan kami akan menduduki peperiksaan UPSR dan pada tahun berikutnya ke sekolah menengah. Madam Latifah menasihati kami untuk bersedia dari sekarang. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat belajar dari Madam Latifah. Pada tahun ini kami banyak belajar perkara baharu seperti public speaking, story telling dan juga membuat vision board. Kami juga belajar menyanyi lagu-lagu yang menaikkan semangat. Prestasi pelajaran saya juga meningkat. Inilah kisah saya bersama guru ikon bernama Madam Latifah Rabaniah Binti Selamat yang sangat prihatin, penyayang dan kreatif. Saya dan rakan-rakan sekelas amat menyayangi Madam. Terima kasih Madam. You always in my heart!