Nominees

Mr Naharudeen Othman

From Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Mr Naharudeen Othman's photo

Nominated by ASARUDDIN BIN ARIFFIN

Beliau seorang pengetua yang baru bertugas di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Beliau telah menerima satu tugasan yang amat mencabar untuk mengemudi sebuah sekolah yang sudah lama tidak mencapai tahap yang sesuai sebagai sebuah sekolah berasrama penuh. Namun dengan usia perkhidmatan yang masih baru beliau telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah melalui keputusan SPM yang dikeluarkan baru baru ini. Kami warga alumni sekolah tersebut kagum dengan usaha dan semangat beliau melalui idea bernas dan segar untuk menambah nilai dan kualiti bukan sahaja pelajar malah seluruh warga pendidik dan pentadbiran. Beliau juga sering mengambil contoh kejayaan jenama terkenal dalam pembentangan beliau terutamanya McDonalds. Saya berpendapat walaupun beliau masih baru di sekolah ini, tetapi minat dan kesungguhan yang ditunjukkan maka beliau amat sesuai diangkat sebagai seorang tokoh untuk memberi lebih kekuatan dan sokongan moral ke atas usaha beliau di masa akan datang. Dengan pengiktirafan ini juga diharapkan beliau dapat dijadikan contoh untuk guru guru yang lain atas iltizam dan semangat tidak mahu mengalah.