Nominees

Mrs WAN NORASIAH BINTI WAN ISMAIL

From SEKOLAH KEBANGSAAN GITA

Mrs WAN NORASIAH BINTI WAN ISMAIL's photo

Nominated by NUR'AIN RAFIFAH BINTI AHMAD

Nama beliau adalah Wan Norasiah binti Wan Ismail. Beliau merupakan seorang guru yang sangat tabah dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa bagi menjadi tonggak negara pada masa akan datang dengan menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri anak didik. Saya pernah mempunyai masalah dalam subjek yang diajar beliau iaitu subjek Pendidikan Islam. Saya mempunyai masalah dalam mengenal huruf jawi kerana tidak biasa dengan huruf-huruf tersebut. Namun, beliau tetap teguh mengajar tanpa jemu sehingga saya mampu memperoleh markah yang baik dan tidak disangka. Beliau merupakan idola saya yang menjadi pemangkin bagi saya untuk menjadi seorang guru seperti beliau. Saya juga sangat menyayangi beliau kerana beliau merupakan seorang guru yang berkebolehan. Beliau sangat hebat dalam berpidato dan turut merupakan jurulatih pidato di sekolah. Saya sangat rapat dengan beliau kerana sering berlatih pidato bersama. Beliau sememangnya merupakan seorang yang tegas dan terkenal sebagai seorang yang garang. Namun, mengenali beliau dengan lebih rapat membolehkan saya mengetahui sifat keibuan yang ada pada dirinya. Dia amat prihatin terhadap keperluan pelajar sehingga sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli makanan kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Beliau juga seorang yang taat akan perintah agama kerana tidak pernah meninggalkan solat fardhu serta sering melakukan solat sunat khususnya solat dhuha di surau sekolah. Saya merasa sangat gembira setiap kali mendengar tutur kata beliau kerana bait-baitnya yang halus dan tenang. Secara keseluruhannya, beliaulah guru yang sangat menginspirasikan dan memberi banyak makna dalam hidup saya. ?