Mr Ab Lazid Bin Abu Jahal
From Sk Rancangan Suan Lamba , Kinabatangan

Nominated by norfahmeezah binti ab lazid
Beliau adalah seorang pendidik yang berjiwa bangsa, berdisiplin. memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1995 sehingga kini dimana beliau berusia 47 tahun. Beliau amat menitikberatkan tentang pendidikan semua anak didiknya. beliau juga akan melakukan apa saja inisiatif bagi membantu pelajar jika mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran. Seorang yang tidak lokek akan ilmu pengetahuan. Walaupun beliau berhadapan dengan pelbagai situasi,itu tidak menghalangnya daripada untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat. Sepanjang kerjayanya, tidak sedikitpun beliau mengeluarkan kata-kata/mengeluh dengan apa yang telah diusahakannya kerana setiap titik peluh guru yang menerangi setiap anak muridnya adalah lebih mulia. Seorang yang bergiat aktif dalam kokurikulum sekolah, beliau turut turun padang bersama-sama membantu menjayakan pelbagai program seperti sukan sekolah. Sebagai warga pendidik yang telah lama berkecimpung dalam industri perguruan, adalah wajar beliau diberi penghargaan yang baik sebegini. Walau dimana pun berada, segala jasa baik beliau akan sentiasa dikenang oleh anak murid yang telah berjaya mengapai impian masing-masing.