Nominees

Ms Safariah binti Amin

From Smk Dato Permaisuri Miri

Ms Safariah binti Amin's photo

Nominated by Mohd Khairul

walaupun beliau kelihatan garang namun sangat prihatin dan penyayang lebih-lebih lagi ketika anak muridnya menghadapi masalah. Beliau juga mengajar saya menghargai guru walaupun guru tersebut bukan guru kegemaran saya. Beliau juga tidak lokek dengan senyuman dan sangat peramah . Beliau juga mengajar anak muridnya untuk menghargai masa agar terluang dengan penuh manfaat . Cikgu saff sangat terkenal dengan watak tegasnya dalam mengajar .Walaupun saya pernah membuat beliau marah namun..beliau tetap tidak mengambil serius akan hal tersebut kerana sikap penyayangnya itu. Saya berharap agar cikgu saff sentiasa diberi kesihatan dan dipanjangkan umur agar dapat berbakti kepada sekolah sebagai seorang guru dalam tempoh masa yang lebih lama. ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤ . Cikgu saff juga sanggup balik lewat semata-mata untuk menolong kami menyiapkan kerja kursus perniagaan dan beliau juga tidak kedekut bersedekah kerana apabila kami menghadiri kelas tambahan perniagaan ,cikgu saff suka memberi kami lollipop ,keropok dan lain lain .segala pengorbanan cikgu tidak akan pernah saya lupa