Dato Zulfakar Bin Ishak
From Mrsm Tun Ghafar Baba,Jasin,Melaka
Nominated by MOHAMAD NAZREEN SHAH BIN PAUZI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Mcdonals sekalian.Syukur Alhamdulilah saya dapat mengambil peluang dan berkongsi cerita dalam mencoretkan kisah inpirasi saya.Kisah inspirasi saya bermula apabila saya menjejakkan kaki ke bumi MRSM Tun Ghafar Baba Melaka.Mrsm TGB ialah sebuah MRSM bitara yang hebat dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum malah sering mendapat tempat pertama dalam pencapaian spm dalam Malaysia.Saya mempunyai seorang guru Biologi yang bernama Zulfakar Bin Ishak atau sering dipanggil oleh pelajar pelajar iaitu Doktor Zulfakar.Beliau adalh guru biologi yang sudah tua dan sudah lama berkhidmat.Beliau mmpunyai Phd namun menjadi guru semata-mata untuk mengajar pelajar2.Apa yang menarik tentang belia ialah setiap kali belajar biologi,Beliau sering kaitkan apa yang dipelajari dengan islam dan kehidupan seharian.Beliau sering mengajar anak2 erti kehidupan dalam persekitaran ketika belajar.Oleh itu,sesi pembelajaran lebih efektif dan lebih mudah untuk difahami.Selain itu,beliau sering beri motivasi dan didikan kepada pelajar2.Malah,belia turut membantu dan menasihati pelajar yang lemah ke arah kejayaan.Akhirnya semua pelajar senang untuk dapat A+ dalam biologi.Sikap sering mengajak pelajar2 untuk membaca alquran dan solat dhuha telah memberi impak positif terutama ketika belajar.Guru seperti beliau banyak menginspirasikan pelajar2 untuk lebih maju ke hadapan.Akhirnya,ramai bekas pelajarnya mencapai kejayaan di luar sana.Walaupun tahun ini terakhir saya bersama belia,jasanya akan saya kenang hingga ke akhir hayat.Sekian Coretan daripada saya Kisah Seorang Guru Yang berinpirasi.Terima kasih.