Mdm Ustaza hafiza
From SK Taman Desaminium
Nominated by Nurul Fazihan omar
Ustazah Norhafiza merupakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium. Beliau merupakan inspirasi saya kerana walaupun dibebani dengan tugas-tugas hakiki sebagai guru, beliau sentiasa mempunyai masa untuk menjawab segala kemushkilan para ibu bapa dan anak-anak murid walaupun di luar waktu Pejabat. Beliau seorang guru yang sentiasa proaktif dalam menjadikan anak- anak murid beliau sebagai seorang pelajar yang berdedikasi. Setiap permasalahan anak-anak murid yang diajukan pada beliau oleh ibu bapa akan diselesaikan secepat mungkin tanpa di tangguhkan. Setiap murid sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menjaga tingkah laku di sekolah mahupun di rumah. Beliau juga sentiasa mengingatkan murid agar sentiasa menjaga adab agama mengikut kepercayaan agama masing-masing bagi setiap kaum. Apabila tibanya hari guru bertemu ibubapa beliau lah insan yang paling ceria menyambut kedatangan para ibu bapa. Setiap persoalan atau permasalahan murid didalam bilang pelajaran akan diterangkan satu persatu. Beliau juga sentiasa memberi idea kepada ibu bapa untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak didik beliau. Saya percaya beliau adalah guru yang paling layak untuk dinobatkan sebagai Anugerah Guru Inspirasi Mc Donald saya.