Mrs HILMIYAH BINTI MUSLIM
From Smk taman jelutong ,kulim kedah

Nominated by NASURAH BINTI ZAINAL ABIDIN
Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya nasurah. Panggilan manja nas. Disini saya ingin menceritakan tentang seorang guru yang sungguh inspirasi bagi saya . Beliau adalah Hilmiyah binti Muslim. Beliau adalah guru subjek pendidikan islam, yaa subjek pendidikan islam... Subjek ini selalu diambil mudah oleh pelajar sekolah yang beragama islam kerana mereka berasa subjek ini terlalu mudah dan mereka anggap jika subjek ini berkaitan agama maka ia juga berkaitan dengan kehidupan seharian sebagai seorang muslim, walhal subjek ini sukar untuk lulus jika pelajar tidak menghayati subjek tersebut. Saya juga pernah tergolong dalam pelajar yang selalu mengambil mudah terhadap subjek tersebut. Pernah gagal pada tahun 2014 dan 2015 iaitu ketika saya di tingkatan 1 dan 2. Setiap ujian peperiksaan pasti akan mendapat markah 40 ke bawah. Sehinggalah saya memasuki tingkatan 3 saya duduk di dalam kelas 3 Amanah iaitu kelas no 1 di sekolah saya, saya lulus dalam matapelajaran tersebut. Pada hari pertama sekolah tahun 2016 kami mendapat jadual waktu, perkara pertama yang kami lihat adalah nama guru yang akan mengajar kami pada setiap subjek. Guru-guru yang lain bagi kami tiada masalah tetapi kelihatan nama Ustazah Hilmiyah Binti Muslim kami semua terkejut dan berasa agak gementar ! iyaa.. kerana beliau merupakan guru disiplin di sekolah kami. Pada hari kedua persekolahan ,waktu kedua di dalam jadual merupakan subjek ustazah , saya merupakan ketua kelas ketika itu , apabila memberi salam terasa agak gementar hahah!. Ustazah pula menjawab salam daripada kami. Mula mula kami semua sangkakan ustazah merupakan guru yang sangat garang dan akan memberi kerja sekolah yang sangat banyak tetapi sangkaan kami salah ! maka benarlah kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Selepas beberapa minggu persekolahan subjek yang ditunggu-tunggu oleh kami setiap masa hanyalah Pendidikan Islam. Hal ini kerana, ustazah merupakan guru yang berdedikasi beliau menggunakan pelbagai kaedah PAK 21 iaitu pembelajaran abad 21. Malah kami tidak berasa mengantuk ketika belajar kerana kami akan menjadi guru muda yang akan membentangkan setiap tajuk yang ditugaskan. Ia amat seronok ! ketika ustazah memberi tugasan kerja rumah beliau selalu memberi kerja rumah yang sederhana , apabila ditanya “ustazah kenapa kerja rumah ustazah bagi sikit sangat?” ustazah menjawab pula “ saya tak mahu membebankan kamu, saya tahu aktiviti petang pula banyak untuk kamu hadiri”. Dari situ juga kami Nampak ustazah seorang yang prihatin. Ketika kawan-kawan yang lain tidak hadir beliau sering bertanya kepada kami mengapa? Dan kenapa?. Iyaalah kami semua bakal menduduki peperiksaan juga. Ustazah juga sering memberi inspirasi daripada kisah kehidupannya ketika menduduki spm , beliau menceritakan ketika beliau berada dalam tingkatan 5 beliau aktif dalam bidang ko-akademik dan kokurikulum. Beliau berkata “saya berdoa kepada Allah , jika saya bantu mengharumkan sekolah moga Allah bantu saya dimudahkan ketika menjawab peperiksaan” beliau berpegang pada doa tersebut. Sehinggalah beliau menjadi seorang pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di Jordan. Tergamam kami mendengar pengalamannya... beliau pun berkata”Allah makbul doa saya...”. kerana, beliau seorang guru yang hebat pada peperiksaan ujian 1 markah pendidikan islam saya adalah 90% !. iya kerana cara pengajarannya yang amat efektif ! Mengapa saya memilih beliau sebagai guru inspirasi? Beliau juga telah mencari idea untuk kami mudah belajar. Beliau mencipta lirik lagu untuk kami senang menghafal kata kunci dan isi. sebagai contoh pada tingkatan 3 untuk mengingati sifat2 rasulullah SAW beliau mencipta sebuah lagu yang amat comel dan sedap didengari. Pada tahun 2018 pula, iaitu tahun terakhir saya berada disitu (tingkatan 5) beliau mencipta lagu tentang tajuk perkahwinan. Beliau mencipta kata kunci dan contoh dalam lagu tersebut. Sebenarnya 2 buah lagu jugaa beliau mencipta lirik. Pertama tajuk perkahwinan dan kedua tajuk perkara membatalkan iman. Melodi asal beliau gunakan lagu-lagu melayu yang hits agar pelajar lebih tertarik untuk menghafal lirik beliau. ustazah juga merupakan seorang yang sentiasa ceria, tidak kedekut dengan senyuman dan awet muda. Tidak kering gusi jika kami belajar dengannya. Baru-baru ini keputusan spm telah diumumkan. Alhamdulillah subjeknya saya mendapat A+. Berkat ilmu yang diajar , berkat teknik yang diberi semuanya terbukti. Saya berasa beliau adalah guru yang layak untuk menerima anugerah ini. Saya berharap beliau akan suka jika memenangi anugerah guru inspirasi. Terima kasih ummi engkau seorang guru dan ibu penyayang semoga kita akan menjadi ummah yang cemerlang