Nominees

Mr Khairol Ilmi Bin Che Omar

From Pusat Pendidikan Khas Minda

Nominated by Norlaili Osman

Dia seorang guru luarbiasa kuasa dua! Khairol Ilmi Bin Che Omar seorang pemuda berusia 29 tahun yang merupakan pengasas kepada Pusat Pendidikan Khas Minda di Shah Alam. Murid beliau adalah anak-anak istimewa yang terdiri daripada kelompok anak-anak Autisme, Dyslexia, ADHD dan Slow Learner Ramai yang datang pada beliau dengan zero ability, tiada kemahiran mengurus diri dan sering bermasalah dalam pergaulan sosial tetapi setelah memasuki pusat pendidikan khas beliau ada yang telah berjaya pandai menulis dan membaca. Saya menjadi saksi bagaimana ibubapa sangat terharu sehingga ramai yang menitiskan air mata gembira! Ada satu kisah yang mana Cikgu Khairol sanggup bertudung demi untuk mengajar anak murid Autisme beliau yang sebelum itu hanya mahu belajar dengan cikgu perempuan sahaja. Cara itu berjaya dan pelajar tersebut dapat mengadaptasi suasana pembelajaran dengan baik sekali Saya calonkan beliau sebagai Guru Luarbiasa kerana jasa dan pengorbanan beliau diusia muda untuk sama-sama menyantuni anak-anak istimewa yang sering dipinngirkan oleh masyarakat sekeliling. Semoga usaha beliau mendapat penghargaan yang sewajarnya.