Nominees

Mr Mohammad Adham Bin Sallehon

From SMK (P) St. George, Pulau Penang

Nominated by Nur Fazliana Nazira Binti Azahari

Cikgu Adham ataupun lebih rapat lagi kami anak-anak didik beliau panggil 'abah Adham' merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya sebagai seorang guru dalam mata pelajaran Geografi dan juga sebagai seorang pelatih hoki sekolah. Tidak pernah penat melayan kerenah anak-anak gadis yang sensitif, kuat merajuk dan kadang kala PMS disebabkan beliau ditempatkan di sekolah jenis perempuan meskipun penat lelah berulang alik dari rumah yang agak jauh jaraknya ke sekolah setiap hari dengan menaiki motosikal. Teringat ketika masih dalam didikan abah disekolah, saya dan kawan-kawan kerap kali terpaksa tidur di asrama kerana atas sebab latihan hoki, abah selalu mengambil berat akan makan minum, serta kesihatan kami. Ketika kami satu kumpulan diberikan hadiah oleh pihak sekolah untuk mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2010, ketika pendakian saya mengalami kecedaraan dan hampir berputus asa untuk mendaki ke puncak, abah tetap disamping saya sepanjang perjalan sejauh 8. 6km untuk memberikan semangat dan rawatan walaupun kawan-kawan lain sudah sampai di atas. Sehingga di saat keputusan SPM di umumkan abah tetap berada bersama-sama saya di bawah pentas untuk meraikan kejayaan bersama. Saat paling indah ialah pada 2 Februari tahun 2019 abah dan rakan-rakan team hoki menghadiri kenduri perkahwinan saya, semasa sesi bergambar di atas pelamin, abah mengetuai sorakan meriah bersama kawan-kawan dengan menggucapkan ucapan tahniah kepada saya. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan dan mengharukan, semangat abah tetap ada walaupun hampir sembilan tahun saya menggalkan zaman persekolahan. Terima Kasih Abah!!. Kebaikan dan jasa abah akan saya kenang sampai bila-bila. Kejayaan kami sekarang anak-anak didik adalah atas usaha didikan terbaik dan semangat yang diberikan seperti seorang ayah kepada anaknya begitulah jua abah kepada kami. Semoga Allah sentiasa melindungi abah dan murahkan rezeki abah selalu. Amin. Jika ada rezeki saya dengan berkongsi kisah inspirasi ini bersama abah, saya ingin abah tahu rezeki ini adalah untuk dikongsi bersama abah dan rakan-rakan seperjuanagn yang lain. Semoga Ada rezeki kita bersama. Terima Kasih McDonald.