Nominees

Mrs Lee Saw Im

From SMK Seri Bintang Utara

Mrs Lee Saw Im's photo

Nominated by ARNI NAZIRA BINTI IBRAHIM

Puan Lee Saw Im merupakan seorang guru cemerlang Kimia yang berpengalaman mengajar selama 29 tahun. Beliau mampu mengubah persepsi seseorang terhadap subjek Kimia yang pada awalnya merasakan kesusahan subjek tersebut sehingga mampu menjawab peperiksaan dengan baik sekali. Saya amat beruntung mempunyai guru seperti beliau yang tidak pernah mengenal erti penat sepanjang mengajar dan sanggup mengulang sebanyak mana sehingga anak muridnya faham.Walaupun sering penat setelah menghadiri pelbagai majlis guru cemerlang, beliau sering mencari masa untuk berkongsi ilmu dengan muridnya. Di dalam kelas pula, beliau sering memastikan pengajarannya tidak membosankan dengan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang pdp berlangsung seperti permainan 'merry go round'. Hal ini yang menyebabkan beliau layak dipilih sebagai guru cemerlang.