Mrs Paridah bt mohd ali
From Ump
Nominated by Nurulnatashah bt zazali
Saya memilih pn paridah sebagai guru inspirasi saya. Beliau merupakan kaunselor ump yang tidak jemu membantu pelajarnya. Selain daripada menjadi kaunselor ump, beliau juga merupakan penasihat kelab persis(pembimbing rakan siswa) di ump. Tanpa kewujudannya tidak wujud lah kelab ini. Dengan slogan one big family, beliau telah mengajar kami untuk menganggap setiap yang ada dalam kelab itu sebagai satu keluarga dan 'bonding' antara kami masih utuh hingga sekarang walaupun sudah masuk tahun ke 11 penubuhan kelab ini. Dia lah bonda, yang akan selalu menasihati kami, mendorong kami, memarahi kami agar kami menjadi manusia yang berguna. Beliau tidak pernah mengerti penat lelah. Sanggup mengikuti kami melakukan program- program yang dapat membantu orang ramai. Antaranya ialah program- program sukarelawan, program motivasi dan kepimpinan sekolah. Beliau pandai membahagikan masa untuk kami dan keluarganya. Bahkan apabila menjadi kaunselor, dia cuba membantu pelajar yang bermasalah dengan pelbagai cara. Beliau pernah mengadakan program eKongsi Rezeki di UMP menjelang akhir semester sebelum peperiksaan kerana ingin membantu anak-anak pelajarnya yang mempunyai masalah kewangan bahkan ada yang tidak mempunyai wang untuk menampung makanan untuk sendiri. Program eKongsi Rezeki yang dibuat oleh pn paridah hanya memerlukan pelajar untuk menunjukkan kad matrik dan membayar makanan dengan hanya harga RM1. Beliau mempunyai banyak idea. Antara program yang telah dilaksana olehnya ialah Free Market. Free market berkonsepkan mengumpul barang2 pakaian terpakai yang masih elok dan boleh dipakai untuk diagihkan kepada orang yang memerlukan. Program itu telah menarik perhatian bukan sahaja pelajar dan staff ump, bahkan penduduk sekitar itu. Akhir sekalo, saya amat berbangga kerana mengenali beliau. Kalau tiada dia, mungkin saya tergolong antara pelajar universiti yang mengamalkan 3K(kuliah, katil dan kafe). Tetapi, kerana adanya dia, saya mengenal kelab PERSIS, saya mengenali diri saya dengan lebih jauh, saya dapat mencabar diri saya untuk melakukan lebih terbaik dan saya menjumpai keluarga kedua saya di universiti. Terima kasih pn, sebab pn, hidup tasha selama 4 tahun di ump tak membosankan, penuh dengan kenangan pahit manis bersama kelab persis dan bonda tersayang.