Nominees

Mdm laili farhana binti izhar kamrudin

From sekolah menengah kebangsaan kepala batas

Nominated by muhammad faridzuan bin mangsor

Asalamualaikum.Tulisan ini ditulis daripada hati yang iklas dan penuh dengan rasa kasih sayang yang mana ia tidak dapat dibeli dengan wang ringgit ataupun seluruh isi bumi.Kisahnya bermula pada tahun 2018 yang mana buat kali pertma dia mengajarku.Dia mengajarku subjek sejarah yang mana merupakan subjek wajib lulus dalam SPM.Bagi guru guru yang mengajar di sekolah yang kategorinya terdiri daripada murid murid yang pandai dan genius ia bukanlah subjek yang mendatangkan masalah.Tetapi bagi guru yang bernama laili farhana binti kamaruddin ia merupakan tugas yang berat kerana dia terpaksa mengajar murid murid yang berada di kelas belang yang mana sekolah pun tidak meletakkan mereka sebagai target murid cemerlang buat sekolah walaupun seorang.Membuatkan mereka tidak bersemangat untuk berusaha dalam pelajaran.Tetapi apabila hadirnya seorang guru sepertinya yang mengubah pandangan kami yang menggangap kami sendiri tidak boleh berjaya seperti orang di kelas kelas hadapan.Pada mulanya aku merasakannya dia sama saja seperti guru guru yang lain memandangkan pada usianya yang masih muda.Akan tetapi dia menunjukkan kelainan apabila dia mengajar yang mana tidak sama seperti guru guru lain.Caranya mengajar yang membuatkan kami berminat untuk mendengarnya.Aku dapat merasakan keiklasannya semasa mengajar yang menunjukkan bahawa dia ingin melihat kami menjadi murid cemerlang walaupun tidak tidak menjadi target sekolah.Ringkasnya pada tahun ini dia masih mengajar kami sejarah malahan menjadi guru kelas kami.Apabila dia menjadi guru kelas kami dia sudah mula untuk mengenali kami dengan lebih dekat.Sehingga membuatku cerita semua akan masalah hidupku dan benda benda yang aku hadapi.Aku berasa tidak kekok apabila menceritakkan padanya semua perkara itu kerana siakapnya yang menyimpan rahsia dan selalu menjangka baik.Sehingga aku merasakan kasih sayang seorang guru kepada muridnya yang tulus iklas.Dia mengubahku menjadi murid yang lebih rajin berusaha,amanah dan bertanggungjawab.Sehingga aku berjaya dapat gre Adalam mata pelajaran sejarah dan beberapa subjek yang lain.Namun dia terus memberiku semangat untuk mendapat straight A dalam spm pada tahun ini.Aku akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan impiannnya dan untuk mencipta sejarah untuk kelas yang datang bukan kelas yang cemerlang untuk mendapat straight A dalam spm 2019.Jasanya tidak akan aku lupakan sampai bila bila.Semoga Allah swt merahmati dan mengurniakan kesihatahn,rezeki,umur yang bermanfaat dan nikmat yang tidak terhingga iaitu mengurniakannya syurga buat insan yang teristimewa ini iaitu puan laili farhana....amin..amain..ya rabbal al lamin.Jasanya tidak dapat aku bals.Khas untuk cikgu laili farhana binti izhar kamarudin