Nominees

Mdm Khoo Soh Hong

From Smk Agaseh Lahad Datu

Nominated by Ahmad Asyraf Bin Abd Yusop

Nama saya Ahmad Asyraf Bin Abd Yusop.Saya bersekolah di Smk Agaseh Lahad Datu dan belajar di kelas 3 cemerlang. Terdapat sepuluh orang guru mengajar di kelas saya.Guru inspirasi saya ialah Puan Khoo.Puan Khoo mengajar saya Sejarah.Beliau sangat pandai mengajar.Saya sangat mudah memahami apa yang diajar oleh beliau.Beliau mengajar dengan penuh dedikasi Saya suka cara beliau mengajar. Puan Khoo seorang guru yang baik.Beliau juga sangat rajin bekerja dan tidak jemu mengajar kami.Beliau agak tegas tentang disiplin pelajar-pelajarnya tetapi masih boleh bertolak ansur terhadap pelajar-pelajarnya yang bermasalah. Kami semua sangat sukakan Puan khoo kerana beliau seorang yang lemah lembut dan bersifat keibuan.Beliau juga suka memberi nasihat kepada saya dan rakan-rakan di dalam kelas. Saya berasa amat bertuah mendapat seorang guru seperti Puan Khoo.Saya juga bercita-cita mahu menjadi seperti beliau apabila dewasa nanti. Saya akan membalas jasa-jasa beliau dengan belajar rajin -rajin dan menghormati beliau walaupun beliau sudah tidak mengajar saya lagi.