Mdm RAMSIAH BT AHMAD KAMALDEEN
From SEKOLAH IZZUDDIN SHAH IPOH

Nominated by MUHAMMAD HASAN BIN KHAIRUL HELMI
Assalamualaikum WBT.Kisah inspirasi saya bermula saya berada di tingkatan 5 tahun 2012 di Sekolah Izzuddin Shah Ipoh.Ketika itu saya berada di kelas beraliran sains tulen,ketika waktu pelajaran English,maka kami semua akan masuk ke kelas bahasa inggeris mengikut Individual Level achievment.Oleh itu saya adalah pelajar yang agak lemah dalam penguasaan Bahasa inggeris.Maka saya antara minoriti pelajar aliran sains tulen yang berada di kelas Level 3(week).Emosi saya ketika itu mulai lemah disebabkan faktor sekeliling mendorong perkara itu berlaku.Kawan-kawan aliran sains rata-rata mereka majoriti berada di kelas Level 1 dan 2 iatu level Excellent dan Good.Hari berganti hari,peperiksaan SPM semakin menghampiri,perasaan saya semakin takut dan lemah dek penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik.Maka Allah swt menghantar guru English yang mengajar menggunakan bahasa Hati,tidak pernah mengajar menggunakan kekerasan.Sekolah meletakan harapan agar pelajar level 3 supaya tiada yang gagal di dalam peperiksaan SPM kelak.Maka guru saya ini menggunakan kemahiran mengajar yang sangat baik,penuh dengan nasihat from heart to heart,kerana rata-rata daripada kalangan kami memang lemah dan ada juga mula menunjukan symptom untuk berputus asa.Guru ini setiap hari memujuk kami untuk menghantar esei bahasa Inggeris,harapan beliau untuk melihat kami terus berjaya ke menara gading terus tinggi setinggi KLCC megah berdiri.minggu berganti minggu,guru ini tidak jemu menabur bakti kepada kami sehinggalah hari peperiksaan tiba.Ringkasnya kesemua kami rata-ratanya berjaya membuktikan kami mampu berdiri sama tinggi dengan kawan-kawan yang lain.Inspirasi ini membuatkan saya nekad belajar dan terus belajar,kejayaan itu pasti hadir dengan usaha yang gigih telah pun menjadi prinsip hidup saya sehingga saya berjaya ke tahap ini.kini saya sudah berada di hujung pengajian sarjana muda Perubatan dan pembedahan MBBCH Fakulti Perubatan Universiti Al Azhar Kaherah Mesir, berbaki hanya 8 bulan sahaja lagi tanpa berkat guru saya,pasti dan pasti saya tidak mampu berada di sini,maka saya sangat berbesar hati agar Guru saya ini diberi penghormatan tertinggi kerana jasanya tidak ternilai dengan sebuah kejayaan ini,thank you madam Ramsiah Bt Ahmad Kamaldeen SEKOLAH IZZUDDIN SHAH IPOH The Best English Teacher? Thank You MCDONALDS MALAYSIA HASAN HELMI CAIRO EGYPT 17/3/2019 08:25 gst +2