Mrs Ainul Kamaliah Binti Nasri
From Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, Perak

Nominated by Nurul Izzah Binti Mohamed Zaid
Kisah inspirasi saya bersama guru saya iaitu Puan Ainul Kamaliah bt Nasri. Cikgu Ainul sebagai guru yang membimbing saya dan rakan sekelas dalam Mata perlajaran Florikultur. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang sangat garang dan sentiasa tegas dalam memberi arahan pada kami tetapi dalam kergarangan beliau terselit kasih sayang yang diberi dalam diam dan penuh bereerti. Bermula la kisah cerita saya dan cikgu. Pada mulanya,saya tidak rapat dengan beliau. Sebab saya seorang yang pendiam di dalam kelas. Ada satu hari saya merasakan cikgu tidak menyukai saya. Kerana ada satu masalah yang berlaku ketika itu, kunci makmal hilang dan pada waktu itu saya sebagai seorang ketua kelas yang dipersalahkan dan dituduh menghilangkannya. Dimarahi depan rakan - rakan saya diluar makmal. Saya berasa malu dan sedih kerana bukan saya yang menghilangkannya tetapi saya yang dituduh dan tidak adil. Dan ia adalah satu salah faham. Dan saya menangis dan kecewa. Sejak dari hari itu, saya tak pernah nak mengendahkan kata - kata cikgu. Banyak benda yang mengecilkan hati saya selama saya belajar di situ. Kadang rasa terpinggir kerana cikgu banyak memberi perhatian kepada rakan- rakan yang lain berbanding saya. Ramai yang mengetahui saya seorang yang berbakat dan tangan yang berseni. Sering mendapat pujian tetapi hanya sekadar dimulut dan saya tidak pernah mendapat apa- apa anugerah dalam setiap pencapaian. Bukan nak berkata saya buat sekadar untuk mendapat anugerah, tetapi kadang saya teringin mendapat sesuatu yang memberi penghargaan atas usaha dan penat lelah juga kenangan di kolej dan menaikkan lagi nama Florikultur supaya orang mengetahui pelajar Florikultur adalah mempunyai masa hadapan yang sangat cerah dan setiap anugerah mestilah layak kepada orang yang betul- betul berusaha. Tetapi, pada pengakhiran tahun kami belajar di situ sebelum menempuh alam latihan " On Job Training " Kami banyak menghabiskan masa membuat aktiviti penjualan online dan di kolej. Penjualan 'bouquet flowers' dan menyertai pameran juga pertandingan. Alhamdulillah, banyak rezki yang berlimpah ruah pada kami. Tetapi sepanjang tahun itu saya sedari bahawa ketika itu, cikgu memberi saya banyak tugasan untuk membuat gubahan yang lain daripada yang lain. Saya berfikir kenapa saya? Sedangkan dia tidak pernah nak mengendahkan saya selama 3 tahun saya belajar di situ. Sekadar bertegur apabila hal- hal yang penting sahaja. Tetapi saya mengambil tugasan itu dengan hati yang terbuka, ikhlas demi kebaikan diri saya untuk meluaskan lagi gubahan bunga menghasilkan kreativiti yang lebih menarik dari luar jangkaan. Penat dan masa saya tak mengendahkan apa- apa. Satu hari saya rasa gembira kerana saya mendapat banyak idea dan dapat menghasilkan gubahan yang rakan- rakan tak mampu buat selain dari saya. Saya gembira dan kesemua idea gubahan saya mendapat 3 Bintang dalam pertandingan e-skill peringkat kolej. Alhamdulillah syukur. Walaupun nama saya tak dicalonkan di dalam pertandingan tersebut kerana saya pergi ke putrajaya untuk sesi pameran kolej, tetapi saya bangga hasil kerja saya diterima dan mendapat pujian juri- juri. Rasa sedih itu semestinya ada. Kita yang usaha tetapi orang lain yang mendapat nama. Saya diam dengan masalah kumpulan lain hadapi dan tidak bercerita pada cikgu. Saya membantu mereka menyiapkan tugasan sedangkan ketika itu saya penat dan baru sahaja pulang dengan tugasan lain di putrajaya. Tapi tak mengapa susah senang bersama. Dengan hati yang ikhlas membantu in Shaa Allah, saya percaya rezki itu ada untuk saya kelak. Tugasan yang diberi oleh cikgu memberi saya banyak inspirasi dalam menghasilkan gubahan yang baru, inspirasi baru dan ilmu yang banyak yang saya ketahui berbanding rakan-rakan saya. Banyak benda yang saya terasa hati dengan cikgu ketika itu, anugerah yang diberi pada orang lain membuat saya rasa jatuh dan penat mencari idea tetapi tiada apa yang diberikan pada saya. Saya redha dan berharap selepas ini, ada rezki yang tak dijangka apabila saya diluar nanti. Setelah bermula tahun baru. Saya menempuh ke alam bekerja latihan industri " On Job Training" selama 5 bulan. Bermula segala kesedaran dan pencapaian yang tak dijangka. Pada awal tahun 2019 cikgu memberikan mesej kepada kami tentang penyertaan " Pertandingan Pencarian Penggubah Sirih Junjung 2019" di Sri Pasific Hotel, Kuala Lumpur. Dan cikgu menghantar mesej kepada saya secara individu. Cikgu mengatakan, supaya saya menyertai pertandingan itu kerana cikgu percaya saya mempunyai bakat dan cikgu yakin, saya dapat memenangi pertandingan itu. Sekadar cikgu mengatakan " tak menang pun tak mengapa sekadar ambil pengalaman dan dapat sijil " Saya terfikir sejenak, "perlu ke aku pergi? sebelum ini usaha aku tiada hasil dan anugerah yang diperolehi, hanya mendapat penat dan sakit hati". Saya membalas mesej cikgu dan mengatakan, tidak mahu menyertai. Rakan- rakan juga tidak mahu menyertai pertandingan tersebut. Tetapi tidak tahu kenapa. Setelah beberapa bulan sebelum pertandingan itu berlangsung. Saya menceritakan tentang cikgu berkaitan pertandingan itu kepada ibu bapa saya. Setelah bercerita, ibu mengatakan, rezki dan peluang yang ada jangan disia - siakan. Menang dan kalah adat pertandingan yang penting usaha dan minat itu penting. Pada mula itu saya sedar, cikgu Ainul yang terbaik sebenarnya. Sering memberi saya cabaran dan peluang untuk membawa saya kejayaan yang cerah dalam diam. Ketika saya mempersetujui menyertai pertandingan itu, saya menghantar mesej pada cikgu dan mengatakan saya ingin menyertai pertandingan itu demi, cikgu, keluarganya, nama kolej dan nama Florikultur. Tanpa diketahui oleh rakan sekelas saya dan pihak kolej. Apabila, sudah tiba hari kejadian berlangsungnya pertandingan tersebut, seramai 20 perserta yang hadir dalam pertandingan tersebut dan debaran semakin terasa. Detik- detik masa yang berlalu adalah semakin ke penghujung masa penamat. Setelah 2 jam masa diberi, masa pun terhenti dan menunggu bagi permarkahan daripada juri- juri dan saya menceritakan tentang inspirasi gubahan sirih junjung saya yang bertemakan " Sirih Junjung Moden berdominasi dengan masyarakat Baba Nyonya Melaka" kepada juri bagi menguatkan apa inspirasi yang saya ingin tonjolkan kepada masyarakat. Setelah juri memberi permarkahan, alhamdulillah sirih junjung saya terpilih dan mendapat "top 5 " tempat keempat dalam keseluruhan peserta. Saya adalah yang paling muda di situ. Mendapat saguhati dan ramai yang menyukai hasil gubahan saya. Rezki semakin luas apabila saya mendapat peluang daripada majalah pesona pengantin untuk sesi "photoshoot" memaparkan hasil sirih junjung saya bagi bakal pasangan membelai yang ingin mengetahui tentang gubahan sirih junjung yang saya hasilkan. Kalau ingin diceritakan kesemua kisah saya di dalam ini, tidak cukup untuk saya rungkaikan. Sebenarnya, berjaya nya kita sekarang takkan tercapai jika tiada guru yang membimbing kita, sama ada dalam diam mahupun terang-terangan. Cikgu Ainul yang mencabar saya adalah kerana dia mempercayai siapa yang lebih layak untuk mendapat anugerah yang tinggi dan dipuji ramai ketika itu. Hampir kesemua pensyarah,adik-adik junior dan rakan-rakan memberi sokongan dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya berasa gembira teramat syukur atas rezki yang Allah bagi tak terhenti. Setelah habis pertandingan itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya. Cikgu Ainul bangga dan memasukkan gambar saya memenangi pertandingan itu ke dalam Instagram miliknya sendiri dengan ucapan "Tahniah Anak Muridku" bangganya saya dengan pelbagai balasan komen dari guru- guru yang lain yang memberi lagi saya semangat untuk memajukan lagi menaikkan lagi nama kolej dan semestinya nama " Florikultur" di negara Malaysia. Terima kasih cikgu. Inspirasi gubahan saya dan kemenangan saya bermula daripada cikgu " Inspirasi guru yang bertanggungjawab, membimbing, dan menyinarkan masa hadapan yang cerah untuk kejayaan seorang anak murid yang berjaya di dunia dan akhirat " ?❤️ Pengorbanan cikgu tak dapat saya balas, walaupun banyak perkara yang mengecilkan hati saya, tetapi saya percaya cikgu Ainul la, cikgu yang paling terbaik yang pernah saya kenali. Terima kasih cikgu , engkaulah " Guru Inspirasi Masa Hadapan PelajarYang Gelap dipermulaan tetapi berakhir dengan Kejayaan" Terima Kasih Cikgu, Puan Ainul Kamaliah Binti Nasri ❤️ Sayang Ibu Ainul❤️