Mr Ashok Pillai Kuppusamy
From SJK(T) Ladang Chemor

Nominated by Tinesh A/L Saravanan
Cikgu saya merupakan seorang yang amat menitikberatkan masa depan muridnya. Sebelum memulakan kelas pada setiap permulaan minggu, beliau akan mengingatkan kami supaya matlamat kami berada di sekolah dan beliau sentiasa menyuntik semangat kami dengan kata-kata motivasi. Saya, secara peribadi, ingin menyatakan bahawa disebabkan oleh kata-kata motivasi tersebut, say telah berjaya memetik bintang-bintang kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya masih ingat cikgu saya berkata bahawa jikalau kami, selaku murid, berusaha dengan gigih selama hanya beberapa tahun, contohnya 5 tahun, maka kami boleh menikmati kehidupan yang selesa selama lebih dari 50 tahun pada masa akan datang. Beliau berkata sedemikian sewaktu saya berada pada tingkatan satu. Ungkapan ini telah menyebabkan saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan berkorban masa. Tambahan pula, cikgu saya merupakan seorang yang akan memastikan semua pelajar boleh memahami sesuatu bab dengan mudah. Beliau akan selalu membuat experimen dalam kelas tanpa hanya melukis ataupun bertulis atas papan hitam. Dengan in, kami boleh memahami sesuatu fakta saintifik dengan lebih mudah dan jelas dan kami boleh mengingatinya selama-lama kerana kita secara biologikal, boleh mengingati sesuatu perkara yang seronok, kelakar dan baharu until tempoh yang panjang. Apabila kami bertanya sesuatu soalan, beliau akan sentiasa memberi jawapan dengan justifikasinya dan beliau juga akan mengingatkan kami tentang kesalahan lazim yang pelajar buat dalam peperiksaan. Saya masih ingat sesuatu daripada cikgu saya. Beliau berkata, fahamilah sesuatu perkara dengan jelas sampai anda boleh menjelaskan perkara tersebut kepada kanak-kanak. Teknik pemahaman ini telah diikuti oleh ramai sarjana seperti Albert Einstein dan Nikola Tesla. Selain itu, beliau juga akan mengadakan sesi teknik menjawab soalan dengan mengunakan slide di mana beliau akan memberitahu bagaimana menjawab sesuatu soalan dengan better dan cepat. Beliau akan memastikan supaya kami dapat menjawab kertas peperiksaan dalam masa. Sereruanya, beliau juga telah memberi soalan ramalan yang beliau sendiri menganalisa. Beliau sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menganalisa dan meramal sesuatu soalan dan beliau juga akan memberi justifikasi tentang sebab sesuatu soalan boleh dikeluarkan. Tambahan pula, cikgu saya juga berkata"I'm like your father in the school. Let me know if you have any difficulties in your studies or others". Pada suatu masa, beliau juga telah membantu rakan saya dari segi kewangan. Beliau juga merupakan seorang yang kami boleh meluahkan perasaan dan masalah kami. Dengan ini, kami boleh berasa selesa untuk belajar dengan cemerlang tanpa sebarang gangguan. Beliau juga selalu mengingatkan kami tentang penkorbanan masa, tenaga dan wang yang ibubapa kami sedang lakukan supaya kami dapat berjaya dalam kehidupan. Cikgu saya juga selalu memupuk nilai-nilai murni dalam diri kami supaya dapat menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dalam kehidupan juga. Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa saya amat bersyukur untuk mendapat seorang cikgu yang sedemikian dan harapan ikhlas saya ialah semua pelajar boleh mendapat seorang cikgu seperti cikgu saya, En.Ashok. Ingatilah, kita sebagai murid, adalah masa depan negara Malaysia yang bakal mendukung panji-panji kedaulatan dan kesejahteraan negara kita. Sekian,terima kasih.