Mdm Rohayu bt ilyas
From Sk ppki seri rampai

Nominated by Siti norain bt rusdi
Seorang guru ppki terbaik pernah saya kenali. Tidak menolak walau ape sahaja keadaan kekurangan ank saya. Ank saya 11 tahun merangkak membaca. Usaha gigih cikgu Ayu menaikkan semangat zakhwan untuk terus maju. Jangan hirau dengan apa yg orang lain lemparkan sebab mereka tak faham. 2 tahun mengenali cikgu Ayu. Banyak kemajuan yang zakhwan cipta. Sehingga tamat tahun 6, zakhwan dinobatkan sebagai TOKOH PELAJAR TERBAIK SEKOLAH. Zakhwan yg dulunya pemalu dan suka menyendiri sekarang telah ada semangat baru sejak mengenali cikgu Ayu. Terima kasih cikgu Ayu yg sentiasa memberi kata - kata semangat kepada zakhwan. Alhamdulillah, mama mudah kawal zakhwan. zakhwan anak syurga mama. Nama cikgu Ayu sentiasa di mulut zakhwan. Zakhwan sayang cikgu sebab cikgu terima zakhwan seadanya. Yang selama ini ramai yang menidakkan kewujudan zakhwan. Termasuk di sekolah lama dulu. Zakhwan dipulau kerana tidak pandai. Hari -hari balik sekolah menangis. Tak pandai buat ape sekolah, ayat yang tak lekang dibibir. Bila tukar ke sekolah cikgu Ayu, Zakhwan sampai tak nak ponteng sekolah. Terasa rugi tak sekolah katanya. Muka pun dah seiras. Mama gembira sebab anak syurga mama gembira di sekolah baharu.